Tandas SJKC Chung Kwok tular, kenapa?
Tandas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur tular di laman sosial gara-gara tandasnya kelihatan sangat cantik dan lain daripada kebiasaan.
Difahamkan, tandas yang dilengkapi dengan dinding jubin yang telah diubah suai, pembilasan automatik, paip air canggih dan mewah serta beberapa keistimewaan lain, dimiliki oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Kwok, Kuala Lumpur.
Menurut salah seorang wakil sekolah itu, pengubahsuaian tandas tersebut dibiayai oleh ibu bapa dan orang ramai serta tempoh menyiapkannya mengambil masa selama tiga bulan.
“Saya tidak dapat memberikan jumlah tepat kerana ramai yang menghulurkan sumbangan berupa wang dan tenaga.
“Kebanyakan dana memang datang daripada mereka yang ada sesetengahnya (ibu bapa) bekerja sebagai pereka dalaman. Jadi, merekalah yang membantu pihak sekolah mereka bentuk tandas sehingga cantik sebegini,” ujarnya.
Sementara itu, Sinar Bestari meninjau ruangan komen di Facebook dan mendapati pelbagai pandangan diberikan warga maya terhadap tandas terbabit.
Antara yang memberi komen adalah
“Inilah salah satu kelebihan di SJKC yang Sekolah Kebangsaan (SK) tak ada. Pandai cari dana, mak bapak tak kedekut untuk keselesaan anak-anak. Kurang komplen, terus bertindak. Tau-tau siap,” kataFareiza Arianna.
“Kebanyakkan SJKC kuat PIBGnya. Memang tak berkira parent dorang. Kalau tngok SJKC semua cantik-cantik,” tulisLoqman Hakimvv.
“SJKC mmg parents kuat bagi dana. Demi anak-anak, memang sangat bagi keutamaan,” jelasQhai Qaisara.
“Ni baru tandas. Ada juga SJK yang ada lift dengan thumbprint untuk murid. Canggih betul,” kataCik Zue.
“PIBG main peranan,” ujarEypi Ozil.
“Mereka kalau bab pelajaran nombor satu. Parent 100 peratus bagi komitmen, suruh bayar apa-apa bayaran memang tak berkira. Tak ada pun pelajar yang merosakkan harta benda sekolah, mereka semua menjaga sekolah seperti rumah sendiri,” komenMohd Amir.
“Sekolah-sekolah cina banyak dapat sumbangan dari kaum cina sendiri, memang banyak dana,” catatEdee.