Kelompok pelajar MRSM Zon Timur yang menyertai Budi Holistic Development Programme MRSM Zon Timur Peringkat Kebangsaan 2023 baru-baru ini.
Kelompok pelajar MRSM Zon Timur yang menyertai Budi Holistic Development Programme MRSM Zon Timur Peringkat Kebangsaan 2023 baru-baru ini.

14 MRSM Zon Timur sertai program perkembangan potensi pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Oct 2023 01:54pm

Demi meningkatkan potensi diri dalam kalangan pelajar, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan bertindak proaktif dengan menganjurkan program Budi Holistic Development Programme MRSM Zon Timur Peringkat Kebangsaan 2023 di Dewan Bitara, MRSM tersebut baru-baru ini.

Program yang berlangsung pada 29 September hingga 2 Oktober 2023 itu telah disertai 14 buah MRSM Zon Timur membabitkan 272 pelajar Tingkatan Tiga dan Empat serta 28 guru pengiring.

No Image Caption

Budi Holistic Development Programme MRSM Zon Timur Peringkat Kebangsaan 2023 menyajikan pelbagai pengisian menarik kepada peserta yang mengikutinya.

Antara yang disediakan adalah aktiviti Mampukah Aku?; bengkel pendedahan kerjaya Knowing Your Career dan Mock Interview Grooming; bengkel etiket sosial; lawatan ke Industri Kecil Sederhana (IKS) dan program khidmat masyarakat (CSR) antara komuniti di sekitar daerah terlibat.

Sementara itu, Pengetua MRSM Pengkalan Chepa, Ahmad Naszeri Salleh berkata, program yang berlangsung selama empat hari itu turut menghimpunkan ramai pakar dan kelompok guru cemerlang untuk berkongsi ilmu masing-masing demi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan pelajar dalam pendidikan.

“Diharapkan program ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara efektif dalam diri pelajar dan menjadi batu loncatan untuk mereka lebih berjaya pada masa akan datang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin menzahirkan rasa terharunya terhadap inisiatif dan kerja keras warga MRSM yang telah mengusahakan program berkenaan termasuklah pihak-pihak lain seperti organisasi dan rakan strategik.

“Program Pendidikan Budi Majlis Amanah Rakyat (MARA) (BUDI MARA) adalah salah satu inisiatif keprihatinan MARA dalam memfokuskan bantuan penuh persekolahan kepada pelajar kurang berkemampuan daripada keluarga B40.

“Oleh itu, inisiatif program ini diwujudkan adalah sangat tepat bagi memberi peluang kesamarataan kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan terbaik di MRSM,” ujarnya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp