Adakah murid selesa sekiranya sekolah padat?

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
18 Feb 2025 06:00pm

Kepadatan sekolah merupakan isu yang sering dibincangkan dalam sistem pendidikan kerana ia boleh memberikan kesan negatif terhadap keselesaan murid, prestasi akademik dan kesihatan mental masing-masing.

Manakan tidak, keadaan itu boleh menyukarkan interaksi dua hala antara murid dan guru seterusnya menjejaskan kualiti pembelajaran.

Tidak dilupakan dengan kemudahan yang disediakan seperti makmal dan bilik komputer yang sering mendapat perhatian guru-guru untuk digunakan selain bilik darjah.

Ia mungkin boleh mengakibatkan pelajar tidak berjaya untuk menggunakan kemudahan sekolah lebih-lebih lagi terpaksa berkongsi bersama rakan-rakan.

Antara sekolah yang berhadapan dengan pelajar padat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, SMK Jalan Kebun di Klang dan baru-baru ini SMK Kota Kemuning yang berada di sekitar Shah Alam.

Difahamkan, kemasukan pelajar baharu ke SMK Meru bagi sesi akademik 2025/2026 seramai lebih 4,300 pelajar, manakala penglibatan guru bagi mencurahkan bakti adalah lebih 250 orang.

Keadaan ini menyebabkan warga pendidik berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap pelajar.

Bukan itu sahaja, ruang kelas yang terhad juga boleh menyukarkan pergerakan guru di bilik darjah itu bagi memberikan sepenuh komitmen terhadap pembelajaran.

Secara keseluruhannya, sekolah yang terlalu padat bukanlah satu persekitaran yang ideal untuk pembelajaran.

Artikel Berkaitan:


Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di hantaran Facebook Sinar Bestari, kebanyakan warga maya melahirkan kerisauan tentang keadaan di sekitar kawasan sekolah ketika hantar dan jemput anak.

“Macam manalah pagar sekolah waktu pagi dan balik,” kata Iman Anaqi.

“Kalau tidak bolot semua acara dalam pertandingan, tidak tahu nak cakap apa. Secara logiknya, sekolah yang pelajarnya sedikit memang susah nak cari kumpulan untuk pertandingan, tetapi sekolah ini siap boleh bertapis-tapis,” kata Zolzaq Hassan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp