Raja Irsyad telah menghafaz 30 juzuk al-Quran di bawah bimbingan berterusan guru tahfiznya, Ustaz Muhammad Hariz.
Raja Irsyad telah menghafaz 30 juzuk al-Quran di bawah bimbingan berterusan guru tahfiznya, Ustaz Muhammad Hariz.

Anak soleh tamat hafazan 30 juzuk al-Quran! 'Semoga Raja Irsyad terus istiqamah menjaga kalamullah'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Jun 2025 03:03pm

Menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk bukanlah satu perkara yang mudah.

Ia bukan sekadar tentang menghafal ayat demi ayat, tetapi melibatkan pengorbanan masa, ketekunan jiwa dan kekuatan rohani yang tinggi.

Terbaharu, seorang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu (IKT), Terengganu berjaya menamatkan hafazan al-Quran secara sempurna.

Perkara itu dikongsi oleh Facebook IKT pada Khamis di mana Raja Irsyad Alhafiz Raja Khalid telah menghafaz 30 juzuk al-Quran di bawah bimbingan berterusan oleh guru tahfiznya, Ustaz Muhammad Hariz Musa.

"Anak soleh pintar IKT telah berjaya menamatkan hafazannya dengan sempurna.

"Semoga istiqamah dalam menjaga kalamullah selamanya. Tahniah kepada guru-guru yang sentiasa komited untuk merealisasikan kejayaan anak-anak pelajar," maklum Facebook tersebut.

Pencapaian Raja Irsyad pastinya menjadi kebanggaan buat keluarga, guru-guru dan seluruh warga KIT.

Semoga kejayaan pelajar cemerlang ini menjadi inspirasi kepada para pelajar lain agar terus menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup dan bukti bahawa tiada yang mustahil jika ada usaha, doa serta tawakal.

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp