Cakna keselamatan pelajar
Lebih 700 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai, Johor menyertai kejohanan merentas desa anjuran sekolah terbabit.
Menurut Pengetuanya, Cikgu Saridah Abdul Majid, kejohanan itu menitikberatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan sekali gus memastikan semua alat bantuan kecemasan disediakan dengan baik.
“Apabila keperluan keselamatan diberi keutamaan, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan kemalangan dan paling penting, keamanan pelajar akan sentiasa terjaga sepanjang mengikuti kejohanan ini dan sukan akan datang,” ujarnya.
Untuk info, aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum.
Ia bertujuan mengesan bakat-bakat baru para pelajar dalam bidang sukan.
Selain itu, ia turut berobjektif memupuk perpaduan dan silaturahim serta membudayakan gaya hidup sihat warga sekolah.