Tujuan utama adalah untuk membentuk jati diri dalam kepimpinan pelajar yang juga merupakan bakal pemimpin masa depan negeri Johor.
Tujuan utama adalah untuk membentuk jati diri dalam kepimpinan pelajar yang juga merupakan bakal pemimpin masa depan negeri Johor.

Camp leaders Thinkers Cohort 13 Kluang District pupuk nilai kepimpinan 76 pelajar

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
20 Oct 2023 11:36am

Memupuk nilai kepimpinan bermula dari peringkat sekolah amatlah digalakkan agar mereka sedar dan cakna akan nilai amanah dalam memikul setiap tanggungjawab yang diberi.

Melihat kepentingan itu, seramai 76 pelajar Tingkatan Tiga daripada 26 buah sekolah menengah di daerah Kluang, Johor telah terlibat dalam Program Camp leaders Thinkers Cohort 13 Kluang District.

Menurut Penyelaras Program serta Ketua Jurulatih Negeri Student Leaders Board, Cikgu Hasjazura Hassan, tujuan utama program dianjurkan untuk membentuk jati diri dalam kepimpinan pelajar yang juga merupakan bakal pemimpin masa depan negeri Johor.

“Program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang komunikasi berkesan, ketahanan emosi, kognitif dan fizikal agar mereka bersedia memikul setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

“Alhamdulillah, mereka dapat menunjukkan bakat dan potensi kepimpinan melalui penyertaan program berkenaan,” katanya kepada Sinar Bestari baru-baru ini.

Program Camp leaders Thinkers Cohort 13 Kluang District telah diadakan selama dua hari satu malam di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Johor.

Komanda PULAPAS, Leftenan Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman telah merasmikan penutupan program itu yang berlangsung pada Rabu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp