Muhammad Daiyan (kiri) dan Muhammad Asyraf dalam persediaan berentap di Shenzhen, China.
Muhammad Daiyan (kiri) dan Muhammad Asyraf dalam persediaan berentap di Shenzhen, China.

Dari kelas STEM ke pentas dunia

Daiyan, Asyraf sedia gegar Shenzhen rebut kejuaraan robotik

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
07 Aug 2025 02:35pm

Bermula daripada minat terhadap teknologi dan robotik di sekolah, dua pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya kini men­gorak langkah apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan World Robotic Competition (WRC) 2025 di Shenzhen, China.

Muhammad Daiyan Mohd Shahril dan Muhammad Asyraf Iman Aziz masing-masing berusia 14 tahun bukan calang-calang pelajar.

Kejayaan mereka mene­waskan­ puluhan pasukan lain dari seluruh dunia dalam saingan di Perth, Australia baru-baru ini bukan sekadar pencapaian peribadi ­sebaliknya membawa harapan dan inspirasi kepada seluruh pelajar Malaysia.

Pertandingan berlang­sung mulai 31 Julai hingga 2 Ogos itu, men­yaksikan kedua-duanya me­wakili negara dalam kategori tek­nologi dron dan robotik menerusi pasukan STEM NEXUS 3 yang mendapat latihan intensif dan bimbingan menerusi program STEM Nexus (STEMNEXUSMY) anjuran Rizq Educare dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Malaysia.

Meskipun masih bergelar pelajar sekolah, kemahiran yang ditunjukkan mereka memikat perhatian juri antarabangsa.

“Kami cuma pelajar biasa yang suka mencuba perkara baharu. Apabila diberi peluang ser­tai program seperti ini, baru­lah tahu potensi diri,” ujar Muhammad Asyraf.

Muhammad Daiyan (tiga dari kiri) dan Muhammad Asyraf selepas menempah 'tiket' bagi berentap di WRC 2025 di Shenzhen, China.
Muhammad Daiyan (tiga dari kiri) dan Muhammad Asyraf selepas menempah 'tiket' bagi berentap di WRC 2025 di Shenzhen, China.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan mereka bukan datang sekelip mata. Di sebalik kemenangan itu, terdapat ra­tusan jam latihan berlatih mengemudi drone dan robotik

Melalui bimbingan mentor industri, mereka didedahkan kepada cabaran sebenar dunia teknologi yang jauh lebih mencabar berbanding teori di kelas.

“Latihan sangat intensif. Kami perlu bersaing, belajar cara mengendalikan drone dengan baik dan kami juga diajar untuk berfikir secara global,” jelas Muhammad Daiyan

Impian ke China Untuk rekod, dua anak muda ini sedang membuat persiapan untuk ke pentas akhir WRC yang akan diadakan di Shenzhen pada Januari 2026. Namun untuk ke sana, ban­yak keperluan yang perlu dise­dia­­kan termasuk latihan lanjutan, penaiktarafan sistem robotik dan perbelanjaan perjalanan.

sejak dari tahun 2016 YPM menerusi inisiatif telah merangka pelbagai program pendidikan dan memberi peluang pada lebih 1000 pelajar mendapat manfaat salah satunya program STEM.

Muhammad Daiyan dan Muhammad Asyraf merupakan contoh bagaimana pendidikan teknologi boleh membuka pintu besar kepada anak muda, jika diberi bimbingan yang betul. Ketika ditanya objektif ingin capai selepas pertandingan akhir nanti, jawapan mereka ringkas tetapi mengesankan.

“Harapnya jadi bukti bahawa pelajar Malaysia boleh pergi jauh. Kalau kami boleh capai semua ini, pelajar lain pun pasti boleh,” kata Muhammad Asyraf sambil tersenyum yakin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp