Gambar hiasan.

Kredit foto: Freepik
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Lagi kes pelajar bergaduh, kali ini hanya disebabkan pemadam pensel

AZLEENDA SAHALUDIN
26 May 2023 04:53pm
A
A
A

Hanya disebabkan pemadam pensel, sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Johor Bahru dilaporkan bergaduh sehingga menyebabkan kecederaan luka di kepala dan lebam di bahagian kaki dan tangan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada pukul 3.43 petang itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila dibaling pemadam pensel dua hari sebelum kejadian sehingga mencetuskan pergaduhan dalam kalangan mereka.

Memetik satu ciapan di media sosial Twitter, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya telah menerima laporan pelajar sekolah yang bergaduh daripada perselisiham faham sehingga menyebabkan kecederaan.

“Siasatan polis mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang pelajar yang telah dibaling pemadam oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum pergaduhan.

“Akibat pergaduhan tersebut, beberapa pelajar sekolah telah mendapat rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan di kepala serta lebam pada kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, susulan kejadian tersebut polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah melakukan beberapa tangkapan pelajar-pelajar yang terlibat.

Melihat kepada kejadian ini, kes pergaduhan tersebut boleh diibaratkan menambah perisa dalam beberapa kes gaduh dan buli pelajar sekolah yang berlaku baru-baru ini seperti di Lembah Klang; Sibu, Sarawak dan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Bagaikan tiada kesudahan, kes-kes sebegini perlu dipandang serius dan ditangani bagi memastikan negara mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi turut mempunyai sahsiah diri terpuji.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas berkaitan kes yang berlaku.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok