Pasukan KV Keningau memenangi kategori Reka Bentuk Regeneratif bagi peringkat sekolah menengah melalui inovasi kulinari, Serusik iaitu serunding berasaskan bahan buangan sisik ikan.
Pasukan KV Keningau memenangi kategori Reka Bentuk Regeneratif bagi peringkat sekolah menengah melalui inovasi kulinari, Serusik iaitu serunding berasaskan bahan buangan sisik ikan.

Pelajar KV Keningau ungguli Greenovate 2025 dengan inovasi Serusik

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 May 2025 11:03am

Sekumpulan pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam pertandingan Greenovate 2025 anjuran Asia Pacific Children and Youth Talent Association yang berpusat di Hong Kong.

Mereka memenangi kategori Reka Bentuk Regeneratif bagi peringkat sekolah menengah melalui inovasi kulinari dinamakan Serusik iaitu serunding berasaskan bahan buangan sisik ikan.

Pertandingan berprestij ini diadakan secara dalam talian dan dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Reka Bentuk Artistik dan Reka Bentuk Regeneratif, bertujuan menggalakkan kreativiti yang membantu memelihara alam sekitar.

Keputusan rasmi diumumkan pada 16 Mei 2025 menerusi laman sesawang penganjur.

Serunding sisik ikan cetus fenomena baharu

Kumpulan pemenang terdiri daripada lima pelajar program Seni Kulinari KV Keningau iaitu Thiery Christian dan Danish Asyraf (masing-masing pelajar tahun dua) serta Danial Jauhari Sidar, Faiz Asmaan Hamizan dan Iqwan Qhairi Naidu (merupakan pelajar tahun akhir) yang kini menjalani latihan industri.

Mereka menghasilkan Serusik sebagai solusi kepada isu pembuangan sisa sisik ikan yang lazimnya berbau hanyir, licin dan menyusahkan kerja pembersihan di dapur.

Lebih membanggakan, inovasi yang pernah memenangi pertandingan Reimagine Waste anjuran Catalyst of Change ASEAN, bukan sahaja mendapat maklum balas positif komuniti setempat, tetapi berjaya dipasarkan dan meraih keuntungan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Kejayaan ini sekali gus membuktikan potensi komersial produk tersebut untuk terus dikembangkan ke peringkat yang lebih luas.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang berkata, kejayaan tersebut membuktikan pelajar vokasional mampu mencipta impak besar menerusi kemahiran dan inovasi yang dimiliki.

"Kejayaan pelajar ini selaras dengan matlamat pendidikan Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melahirkan usahawan yang berdaya saing dan berinovasi," ujarnya.

Pautan video penyertaan mereka boleh ditonton di: https://youtu.be/xv2XP02kEhg?feature=shared

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp