Pasukan orkestra KYSM mempersembahkan lagu klasik 'Rasa Sayang' yang mempamerkan keunikan identiti Malaysia.
Pasukan orkestra KYSM mempersembahkan lagu klasik 'Rasa Sayang' yang mempamerkan keunikan identiti Malaysia.

Pelajar orkestra KYSM serlah bakat di Beijing, harumkan nama Malaysia

09 Dec 2025 11:48am

Pelajar orkestra Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya mempamerkan persembahan bertaraf tinggi dalam program kolaboratif bersama BFSU Foreign Languages School di Beijing, China baru-baru ini.

Inisiatif berimpak besar berkenaan dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua institusi melalui kerjasama muzik, pertukaran budaya dan perkongsian ilmu yang memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar.

Program tersebut turut menjadi platform penting buat para pelajar KYSM untuk memperluas pengalaman antarabangsa, selain berpeluang mempromosikan identiti sekolah dan Malaysia melalui persembahan orkestra berprestij di pentas global.

Dalam konsert bertemakan Harmonious Echoes, Everlasting Friendship, pelajar Tingkatan Satu hingga Empat KYSM telah mempersembahkan lagu klasik Rasa Sayang, menonjolkan keindahan budaya, warisan dan semangat Malaysia di hadapan penonton antarabangsa.

No Image Caption

Selain membuat persembahan, para pelajar turut menyertai pelbagai aktiviti budaya masyarakat Cina seperti Wushu, pembuatan layang-layang, persembahan wayang kulit dan seni kaligrafi, satu pengalaman yang membuka mata mereka terhadap keunikan tradisi negara tersebut.

Mereka juga berpeluang mengunjungi beberapa mercu tanda bersejarah seperti Tembok Besar China, Temple of Heaven dan Kota Larangan sekali gus memperkukuh pemahaman mengenai salah satu tamadun tertua dunia serta nilai sejarahnya yang tinggi.

Secara keseluruhan, penyertaan ini bukan sahaja mengangkat nama KYSM di persada antarabangsa, malah menyuntik keyakinan baharu dalam kalangan pelajar untuk terus cemerlang sebagai duta kecil negara.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Untuk info, KYSM merupakan sekolah menengah swasta terkemuka yang menawarkan Kurikulum Kebangsaan Malaysia yang digabungkan dengan Kurikulum Cambridge (IGCSE).

Pendekatannya yang holistik turut merangkumi program nilai tambah seperti pengaturcaraan, kecerdasan buatan (AI), pendidikan muzik, seni persembahan, Bahasa Mandarin dan program bimbingan.

No Image Caption

Sejak ditubuhkan pada tahun 1995, sekolah itu terus melahirkan pelajar cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

No Image Caption

No Image Caption

 

 

 

Ringkasan AI

  • Pelajar orkestra Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) berjaya dalam program kolaboratif bersama BFSU Foreign Languages School di Beijing, China
  • Inisiatif ini mengukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi melalui kerjasama muzik, pertukaran budaya, dan perkongsian ilmu
  • Program ini menyediakan platform bagi pelajar KYSM untuk mempromosikan identiti sekolah dan Malaysia di pentas global
  • Pelajar KYSM mempersembahkan lagu klasik Rasa Sayang, menonjolkan budaya dan warisan Malaysia
  • Penyertaan ini mengangkat nama KYSM di arena antarabangsa dan meningkatkan keyakinan pelajar sebagai duta kecil negara
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp