Berita kematian Allahyarham Safiah Nafisah telah dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi laman Facebook mereka.
Berita kematian Allahyarham Safiah Nafisah telah dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi laman Facebook mereka.

Pelajar Tingkatan 2 SM Sains Banting meninggal dunia. 'Satu kehilangan yang sangat mengejutkan'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 May 2025 04:05pm

Hari ini, seluruh warga Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor menangis apabila menerima berita pemergian salah seorang pelajar bernama Safiah Nafisah Muddatstsir.

Berita kematian Allahyarham yang merupakan pelajar Tingkatan 2 itu telah dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi laman Facebook.

"Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Jenazah akan disemadikan di Presint 20, Putrajaya. Salam takziah daripada seluruh warga sekolah. Al-Fatihah," catat kenyataan itu pada Rabu.

Walaupun baru sahaja memuat naik hantaran tentang pemergian Safiah Nafisah, Sinar Bestari mendapati ruangan komen di Facebook sekolah dibanjiri pelbagai ucapan takziah dan doa daripada warganet yang turut merasai kehilangan tersebut.

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Salam takziah buat keluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan ahli syurga."

"Anak yang baik, tenanglah di sana Safiah Nafisah."

"Allahu...sedih baca berita ini. Moga ibu ayah arwah diberi kekuatan."

Artikel Berkaitan:

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohmu duhai anak kesayangan keluarga. Pejuang menuntut ilmu, semoga ALLAH menempatkan arwah di taman-taman syurgaNya."

Sementara itu, tinjauan Sinar Bestari di beberapa platform media sosial setakat ini tidak menemui sebarang maklumat rasmi atau laporan lanjut yang mengaitkan punca kematian Allahyarhamah Safiah Nafisah.

Sekiranya terdapat sebarang perkembangan baharu atau kenyataan rasmi daripada pihak keluarga atau sekolah, kami akan mengemas kini maklumat tersebut dari semasa ke semasa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp