No Image Caption

Rangkul hatrik, VICCB bukan sekadar pancaragam

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
07 Aug 2025 02:38pm

Pancaragam Kor Kadet Victoria Insti­tution (VICCB) terus mencipta­ sejarah apabila dinobatkan sebagai juara keselu­ruhan Pertandingan Malaysian International Marching Arts Cham­pion­ships (MIMAC) 2025, baru-baru ini.

Kemenangan ini merupakan kejayaan hatrik buat VICCB setelah merangkul gelaran yang sama tiga tahun berturut-turut bermula 2023 sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai antara pasukan panca­ragam sekolah paling cemerlang dan berprestij di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1909, VICCB kini sudah berusia 116 tahun dan menjadi simbol kecemer­langan dalam bidang muzik, disiplin serta pem­bangunan sah­siah pelajar secara menye­luruh.

No Image Caption

"VICCB bukan sekadar sebuah pancaragam sekolah, ia institusi pembinaan sahsiah dan kepim­pinan," jelas Pen­garah Pasukan VICCB yang merupakan alumni Victoria Institution, Nazmi Naim Abd Ghani.

Untuk rekod, sepanjang penu­buhan VICCB telah membawa nama sekolah dan negara ke pentas dunia melalui pen­yertaan di kejohanan antara­bangsa seperti World Association of Marching Show Bands (WAMSB) dan World Music Contest di Kanada (2000), Itali (2003), Belanda (2005), Denmark (2015), Taiwan (2018) termasuk Malay­sia tahun 2023 hingga 2025.

Terkini, pasukan VICCB dalam persiapan akhir WAMSB 2025 di Jakarta, Indonesia yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Dengan keanggotaan lebih 100 pelajar berumur 13 hingga 17 tahun dari pelbagai latar belakang, VICCB berjaya membina sebuah pasukan kukuh berteraskan nilai disiplin, semangat berpasukan dan komitmen tinggi.

No Image Caption

Pasukan ini dibimbing oleh tujuh jurulatih berpengalaman diketuai oleh Nazmi yang dibantu pengurus pasukan, Zakaria Patrum serta mendapat sokongan­ padu daripada ko­muniti sekolah.

“Nilai disiplin, daya tahan fizikal dan mental serta karakter diterapkan dalam kalangan pe­lajar menjadi asas utama kepada kejayaan kami,” tambah Nazmi.

Sementara itu, Nazmi berkata, kejayaan VICCB tidak hanya bergantung kepada latihan dan bakat pelajar semata-mata sebaliknya ia disokong erat oleh Parent Support Group (PSG) VICCB yang diketuai Izafarhana serta Ketua Guru Penasihat, Azmier Azhan dan Pengetua Victoria Institution, Abd Samad.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp