Kredit foto: Unsplash
Kredit foto: Unsplash

Cikgu Ayu kongsi cara penggunaan aplikasi telegram dalam pembelajaran

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Feb 2023 03:58pm

Kaedah pembelajaran hari ini semakin mudah. Banyak saluran yang senang diperolehi bagi mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan pelajaran.

Antara platform yang paling pantas adalah melalui aplikasi telegram. Telegram dikatakan saluran yang menyenangkan guru untuk berkongsi info tentang apa sahaja topik pembelajaran.

Menurut Guru Bahasa Melayu, Cikgu Ayu, dia lebih suka menggunakan telegram kerana banyak soalan dan nota boleh diberikan kepada pelajar.

“Bila guna telegram, ia bagaikan saya sedang mengajar dalam kelas. Jika pelajar tidak faham dengan soalan diberikan, mereka akan dibimbing langkah demi langkah sehinggalah pelajar memahaminya dengan jelas,” ujarnya seperti dipetik menerusi portal CIKGU AYU DOT MY.

Sambung Cikgu Ayu, terdapat beberapa faktor lagi yang membuatkan dia selesa dengan aplikasi telegram.

Antara faktor-faktornya adalah

1) Lebih mudah mengawal interaksi

Interaksi yang terkawal lebih membantu kesemua ahli fokus kepada isi pembelajaran khususnya ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Guru boleh menetapkan tetapan (setting) sama ada ahli dibolehkan menghantar teks, pelekat, dokumen dan sebagainya sepanjang pembelajaran berlangsung di telegram.

2) Segala bahan tersimpan dalam Cloud

Segala bahan yang dikongsikan akan tersimpan dalam Cloud, tidak kiralah sama ada audio, gambar, video, dokumen, animasi dan bahan yang lain. Bahan-bahan ini tidak mengganggu penyimpanan (storage) telefon guru dan pelajar.

3) Pembinaan kuiz menggunakan QuizBot

Terdapat QuizBot yang membantu guru menyediakan tugasan dengan cepat dan pantas kepada pelajar.

4) Mudah untuk mengesan isi pembelajaran terdahulu

Guru-guru boleh mengesan melalui chat history, boleh juga maksimakan penggunaan # supaya lebih tersusun. Contohnya, #nota, #homework, #pengumuman dan lain-lain lagi.

5) Saluran (channel) untuk hubungan sehala

Ada juga guru yang membuka ruangan saluran melalui telegram. Ia merupakan medium sehala dan sesuai untuk perkongsian makluman atau nota. Melalui saluran ini hanya admin sahaja yang boleh melihat siapa yang menjadi ahlinya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp