Ibu dan ayah juga boleh amalkan dengan memeriksa kabin termasuk tempat duduk belakang sebelum mengunci kereta. (Gambar hiasan)
Ibu dan ayah juga boleh amalkan dengan memeriksa kabin termasuk tempat duduk belakang sebelum mengunci kereta. (Gambar hiasan)

Ini tip mudah elak tertinggal anak dalam kereta

NURBAYA ABDUL REZAK
01 Feb 2024 11:44am
A
A
A

Sejak dua menjak ini, banyak kes kematian kanak-kanak khasnya bayi selepas tertinggal di dalam kereta.

Kejadian itu sering berlaku membabitkan mangsa di tempat duduk belakang kenderaan dan ibu atau bapa pula dalam situasi terkejar-kejar untuk ke tempat kerja.

Ramai juga menyalahkan ibu bapa kerana lalai atau tidak perasan bahawa ada anak mereka di tempat duduk belakang.

Sinar Bestari kongsikan lima tip mudah untuk ibu bapa guna bagi mengelak berlakunya kejadian tragis itu.

1 - Sebelah kasut di seat belakang

Kongsi rakan Sinar Bestari, seorang pakar kesihatan pernah berpesan kalau membawa bayi atau kanak-kanak di tempat duduk penumpang khasnya bahagian belakang, cepat-cepat cabut sebelah kasut yang dipakai oleh pemandu dan campat ke belakang. Dengan itu, jika si pemandu benar-benar terlupa, semestinya akan menyedari dia telah kehilangan sebelah kasut dan pasti mencari sehingga jumpa. Automatik, akan nampak ada penumpang lain (si anak) di belakangnya.

2 - Barang penting

Letakkan barang penting, yang jadi keutamaan di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang.

3 - Patung permainan

Artikel Berkaitan:


Ibu atau ayah boleh cuba kaedah ini juga dengan meletakkan patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila si anak duduk di kerusi itu, boleh dipindakan pula patung permainan tersebut di tempat duduk sebelah pemandu. Dengan itu, pemandu akan tersedar bahawa ada penumpang di seat belakang.

4 - Beg susu

Jangan letak beg susu atau beg bekalan anak anda di seat belakang. Letak di tempat duduk penumpang bahagian depan. Ini bagi mengelak anda terlupa.

5 - Sekolah

Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok