Nurul Asikin
Nurul Asikin

TVET satu bidang yang luas

AZLEENDA SAHALUDIN
13 Feb 2023 02:22pm
A
A
A

“Gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tidak berminat untuk belajar bukan satu penamat dalam proses kehidupan.” Itulah yang diberitahu Pegawai Latihan Vokasional, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, Selangor, Nurul Asikin Saari kepada pelajar yang baru menamatkan zaman persekolahan.

Nurul Asikin
Nurul Asikin

Katanya, masih terdapat pelbagai bidang yang boleh diceburi selain daripada akademik antaranya kursus kemahiran.

Nurul Asikin memberitahu, kini kerajaan juga giat memperkasakan dasar baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang itu.

Untuk itu sebagai tenaga pengajar, Nurul Asikin amat menitikberatkan kepada pelajar lepasan SPM yang tidak berminat dalam dunia akademik untuk menceburi bidang kemahiran ini.

Ujarnya lagi, kemahiran bukan bidang untuk mereka yang gagal tetapi ia mampu menjadikan pelajar lebih cemerlang dari sudut latihan praktikal.

Mengulas lanjut tentang kelebihan TVET, beliau turut memaklumkan pelajar boleh memohon pertukaran kursus atau bidang sekiranya tidak berminat untuk meneruskan kursus yang diambil.

“Institut kemahiran ini mempunyai pelbagai kursus dan cabang yang luas.

Artikel Berkaitan:

“Sekiranya pelajar rasa tersalah mengambil kursus dan tidak berminat untuk meneruskan, mereka boleh rujuk dengan pihak urusan untuk pertukaran ke institut kemahiran lain yang mempunyai kemahiran diminati.

“Kami di IKTBN khususnya tidak menyekat sebarang minat pelajar malah menyokong keputusan mereka sekiranya perkara ini berlaku,” ujarnya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sebagai tenaga pengajar vokasional yang telah berkhidmat selama 14 tahun, Nurul Asikin juga berkongsi tiga tip utama kepada pelajar yang ingin menceburi bidang TVET. Ketahui minatPelajar perlu tahu jenis kemahiran yang diminati sebelum memilih kursus di institusi kemahiran. Segala maklumat awal tentang sesuatu kursus boleh didapati di media sosial rasmi sama ada Facebook atau laman sesawang. Malah, lawatan ke mana-mana institusi kemahiran juga amat penting dalam memberi gambaran awal tentang skop pembelajaran bagi memupuk minat pelajar.

Bersedia mental

dan fizikalPelajar bidang TVET akan diberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu kursus. Contohnya, pelajar bukan sahaja mempelajari cara mengendalikan mesin malah turut mendalami cara menghasilkan komponen penting dalam mesin berkenaan. Oleh itu setiap pelajar perlu bersedia untuk menyerap ilmu kemahiran serta melakukan latihan tersebut secara praktikal.

Rajin bertanyaPelajar kursus kemahiran tidak boleh malu bertanya sekiranya mempunyai sebarang persoalan lebih-lebih lagi melibatkan kursus yang dipelajari. Ini kerana mereka perlu tahu cara dan teknik yang betul dalam pengendalian mesin bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok