Ibu bapa perlu membantu anak-anak menyesuaikan semula dengan jadual persekolahan mereka.
Ibu bapa perlu membantu anak-anak menyesuaikan semula dengan jadual persekolahan mereka.

10 persiapan ibu bapa menjelang pembukaan sekolah

09 Mar 2024 09:18pm
A
A
A

Pembukaan sekolah bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 semakin hampir.

Penulis yakin, yang paling sibuk pada ketika ini adalah golongan ibu bapa kerana mereka sedang membuat persiapan anak-anak yang akan melangkah ke sekolah 10 dan 11 Mac ini.

Antara persiapan tersebut adalah membeli barang kelengkapan persekolahan anak-anak termasuk buku latihan.

Baru-baru ini, Malaysia Mendidik memuat naik hantaran di laman Facebook mengenai langkah-langkah penting yang perlu diambil ibu bapa sebagai persediaan pembukaan sekolah.

Ia bertujuan sebagai panduan kepada ibu bapa yang mungkin tidak mempunyai pengalaman anak-anak bersekolah.

Jom, ikuti 10 langkah tersebut.

1) Persediaan mentaati jadual

Membantu anak-anak menyesuaikan semula dengan jadual harian yang teratur, termasuk waktu tidur, makan dan belajar.

Artikel Berkaitan:

2) Pembelian peralatan sekolah

Membeli peralatan dan bahan sekolah yang diperlukan seperti buku teks, alat tulis dan beg sekolah untuk memastikan anak-anak bersedia untuk pembelajaran.

3) Pemantauan kesihatan

Memantau kesihatan anak-anak dan memastikan mereka mendapat vaksinasi yang diperlukan serta pemantauan kesihatan berkala.

4) Perbincangan tentang persekitaran sekolah

Berbincang dengan anak-anak tentang persekitaran sekolah, guru dan rakan sebaya untuk membantu mereka merasa selesa kembali ke sekolah.

5) Pemantauan perkembangan akademik

Menyemak dan memahami perkembangan akademik anak-anak sebelum kembali ke sekolah untuk membantu mereka mengatasi sebarang kelemahan.

6) Pemantauan kecerdasan emosi

Memberikan sokongan emosi kepada anak-anak dan membincangkan tentang perasaan mereka menjelang pembukaan sekolah.

7) Mempersiapkan pakaian dan peralatan

Membantu anak-anak menyediakan pakaian dan peralatan yang sesuai untuk persekitaran sekolah termasuk pakaian sukan dan uniform sekolah.

8) Membina kembali rutin belajar

Membantu anak-anak membina semula rutin belajar mereka termasuk membaca, menulis dan membuat latihan Matematik.

9) Mempersiapkan perancangan pengangkutan

Menyusun perancangan pengangkutan untuk memastikan anak-anak tiba dan pulang dari sekolah dengan selamat.

10) Komunikasi dengan sekolah

Berkomunikasi dengan guru atau pihak pentadbiran sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang prosedur dan garis panduan yang perlu diikuti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok