5 perkara yang harus dilakukan pelajar sebelum memilih program pengajian
Menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) menjadi idaman ramai pelajar hari ini.
Bagi mereka, IPT adalah tempat pengajian yang paling mencabar dan indah sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan.
Bagaimanapun, timbul kegusaran dalam kalangan mereka berhubung pemilihan program pengajian ke IPT.
Kadang-kala naik buntu juga melihat banyak kursus menarik yang ditawarkan hingga tidak tahu yang mana sesuai dengan kelayakan diri.
Menerusi telegram Nota Cikgu Mohd Fadhli, ada catatan menarik tentang beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum para pelajar memilih program pengajian yang disukai.
Lima perkara itu adalah
1) Pilih yang betul-betul anda minat. Jangan pilih kerana paksaan ibu bapa atau terpengaruh dengan adik beradik dan rakan taulan. Kemampuan dan minat kita berbeza dengan orang lain.
2) Buat pemilihan bukan dengan canggihnya nama kos tersebut tapi pilihlah jurusan yang ada potensi untuk enam tahun akan datang.
3) Banyakkan pilih jurusan berbentuk kemahiran seperti mengajar, automotif, pertanian, perikanan atau mekanikal.
4) Semasa memilih kos untuk belajar, fikirkan dan jangkakan situasi Malaysia dalam tempoh enam tahun akan datang. Lihat rentak ekonomi dan kerjaya kelak. Apa yang kita pilih akan beri impak pada masa akan datang.
5) Tawakal kepada ALLAH.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar berkaitan pemilihan jurusan.
Saya yakin, setiap daripada kita ada kelebihan tersendiri. Susun kelebihan itu untuk hasil akan datang.
Semoga bermanfaat.