Kredit foto: hxdbzxy/123rf
Kredit foto: hxdbzxy/123rf

7 istilah dalam dunia buku untuk rujukan guru dan pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Jun 2023 05:27pm

Pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat baharu diperoleh oleh guru, pelajar dan orang ramai menerusi tabiat membaca.

Apatah lagi jika bahan bacaan yang dipilih itu berkualiti dan terbaik, ia membolehkan pemikiran seseorang berkembang sekali gus mempunyai imaginasi lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan apa sahaja pendapat.

Bagaimanapun, minat membaca sahaja tidak cukup sekiranya individu itu tidak memahami beberapa istilah dalam dunia perbukuan.

Baru-baru ini, Cikgu Wanny menerusi laman Facebooknya memuat naik perkongsian berkenaan beberapa istilah dunia buku untuk pengetahuan kita bersama.

Oleh itu, Sinar Bestari senaraikan tujuh istilah yang dimaksudkan oleh Cikgu Wany ini.

1) Book Hangover (Gagal move on)

Istilah ini merujuk kepada perasaan sukar berpindah atau terlibat dalam aktiviti lain setelah selesai membaca.

Keadaan ini terjadi apabila pembaca berasa terikat secara emosi dan mental dengan buku tersebut hingga sulit melepaskannya serta sukar beralih kepada buku baru (Beli di sini).

Artikel Berkaitan:

2) Book Shaming (Pengecaman terhadap buku)

Istilah ini merujuk kepada tindakan merendahkan atau meremehkan pilihan bahan bacaan orang lain. Kadang-kadang terjadi apabila seseorang dihakimi atau dikecam kerana memilih bacaan yang dianggap tidak berguna.

3) Book Tour

Merujuk kepada rangkaian acara dan kegiatan promosi yang dilakukan oleh seorang penulis atau penerbit untuk memperkenalkan dan mempromosikan bukunya kepada pembaca.

Dalam dunia buku, para pengulas akan memperkenalkan dan mengulas buku tersebut mengikut jadual yang ditetapkan oleh penulis atau penerbit.

4) Buddy Read (Teman membaca)

Istilah ini digunakan dalam dunia pembacaan untuk menggambarkan kegiatan membaca bersama antara dua orang atau lebih.

5) Re-read (Baca ulang)

Istilah ini digunakan untuk mengulang membaca buku yang pernah dibaca sebelumnya.

6) GR (Aplikasi Good Reads)

Singkatan bagi sebuah aplikasi popular yang sering digunakan untuk mengulas dan mencari buku-buku yang akan dibaca dan telah dibaca.

7) POV (Point of view)

Merujuk pada perspektif dari mana cerita tersebut diceritakan atau sudut pandang karakter yang menjadi fokus cerita.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp