Apabila pensyarah sebaya pelajar

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
16 Jun 2025 12:20pm

Berhadapan dengan mahasiswa sebaya, menyusun silibus dan mengejar penyelidikan.

Itulah antara cabaran pensyarah muda dalam dunia akademik.

Namun, mereka bukan sekadar mendidik, malah menjadi inspirasi bahawa usia bukan penghalang untuk menyumbang ilmu.

Jom ikuti perkongsian dua pensyarah muda ini!

"Bagi saya, perangai pelajar kini memang berbeza. Persepsi mereka lain dan ada juga kebolehan masing-masing. Mereka bijak menggunakan teknologi, jadi dari situ saya berfikir proses pengajaran perlu diubah.

"Saya perlu mengajar pelajar ini menggunakan teknik hiburan dan apa yang mereka minat. Alhamdulillah atas bimbingan guru mentor dan penyelia, semua dugaan sebagai pensyarah ini dihadapi dengan baik.” - Pensyarah muda bidang Tesl di Management & Science University (MSU), Aliff Fadzly Sariff, 27.

"Cabaran terbesar yang perlu saya tangani adalah proses transisi daripada seorang penuntut ilmu kepada seorang penyampai ilmu. Dunia akademik bukan hanya soal tahu tetapi soal bagaimana kita menyampaikan, membimbing, menilai dan memberi inspirasi kepada orang lain.

"Sejujurnya, saya pernah rasa kekok dan tidak yakin, terutama pada awalnya bila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang kritikal dan berfikir pantas.” - Pensyarah muda bidang Hafazan Quran dan Quranic recitation di Management & Science University (MSU), Muhammad Nasrullah Hamdan, 27.

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp