Kredit foto: Unsplash
Kredit foto: Unsplash

Beri kerja rumah yang sesuai bagi mengelak murid tertekan dan bosan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
15 Apr 2023 03:47pm

Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan murid di luar jadual waktu sekolah tetapi tidak semestinya dibuat di rumah.

Kerja rumah menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas, justeru ia perlu disiapkan oleh murid dan pelajar secara individu atau berkumpulan.

Menurut Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai, Johor, Herryan Syah Tupan Surian, kerja rumah yang diberikan guru perlu memenuhi beberapa kriteria supaya memberi manfaat kepada murid dan tidak menimbulkan tekanan atau bosan.

“Cikgu perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memberikan tugasan kepada anak murid.

“Antaranya, tetapkan matlamat pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru dan murid; kebolehan dan keperluan pembelajaran murid yang berbeza-beza serta kandungan dan kaedah pengajaran subjek yang bersesuaian.

“Selain itu, guru juga perlu menetapkan jumlah dan jenis kerja rumah serta sumber-sumber yang boleh diakses oleh murid dalam menyelesaikan kerja rumah masing-masing,” ujar Herryan Syah seperti dipetik menerusi telegram Mudah Mengajar.

Menurut beliau yang pernah berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai, Johor, setiap guru harus menanda dan memberi maklum balas setelah kerja rumah disiapkan oleh murid dan pelajar.

“Menanda dan memberi maklum balas dapat memberitahu guru tentang pencapaian dan kelemahan mereka dalam subjek tersebut

Artikel Berkaitan:

“Malah, cara ini juga dapat menilai prestasi dan perkembangan anak-anak didik dalam mata pelajaran berkenaan.

“Selain itu, ia juga memberi penghargaan kepada murid atas usaha menyiapkan kerja rumah,” akhiri beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp