Kredit Foto: Unsplash
Kredit Foto: Unsplash

Cara kenali potensi diri menerusi 5 tip penting ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
14 Apr 2023 05:32pm
A
A
A

Setiap individu memiliki potensi diri dalam bidang yang mereka ceburi. Bagaimanapun, tidak semua dapat menggunakan potensi tersebut dengan baik kerana diri mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Menurut Kaunselor Berdaftar, Politeknik Merlimau Melaka, Hasbullah Mustafa, potensi diri bermaksud kemampuan atau kekuatan, baik belum wujud atau telah wujud, yang dimiliki individu tetapi belum sepenuhnya terlihat atau dipergunakan secara maksima oleh mereka.

“Terdapat beberapa cara dalam mengenal pasti potensi diri.

“Antaranya dengan mengambil ujian personaliti, mendapat maklum balas daripada orang terdekat, berjumpa kaunselor dan sebagainya,” ujar Hasbullah kepada Sinar Bestari.

Kredit Foto: Unsplash
Kredit Foto: Unsplash

Untuk mengetahui lebih mendalam cara-cara mengenal pasti potensi diri, di sini Sinar Bestari kongsikan keterangannya.

1) Mengambil ujian personaliti

2) Mendapat maklum balas daripada orang terdekat

  • Orang di sekeliling adalah antara individu yang boleh mengenal pasti potensi kita. Dapatkan pandangan dan komen daripada mereka. Kemudian, berlapang dada apabila menerima teguran. Semak balik semua maklum balas yang diberikan dan jika ia positif kekalkan manakala sekiranya negatif, ambillah langkah untuk berubah.

3) Berjumpa kaunselor

  • Kaunselor dilatih untuk membantu klien menggali potensi diri. Melalui proses sesi kaunseling, potensi klien boleh dikenal pasti. Ingat, sesi kaunseling bukan untuk individu yang bermasalah sahaja.

4) Kenal pasti minat

  • Cuba kenal pasti apa minat kita. Pada masa-masa tertentu pasti ada sesuatu perkara yang diri suka lakukan. Boleh jadi perkara tersebut adalah satu sumber kecenderungan kita kerana ada orang bekerja sebagai kerani tapi pada masa lapang, memasak adalah perkara yang paling diminatinya.

5) Mencuba sesuatu yang baharu

  • Keluar daripada jadual rutin dan beranikan diri mencuba sesuatu yang baharu.
  • Ingat! Perkara rutin boleh mematikan kreativiti. Siapa tahu dengan mencuba sesuatu yang baharu kita dapat keluarkan potensi diri dengan lebih mudah.
  • “Jangan takut untuk kelihatan berbeza daripada orang lain.”

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok