Kredit Foto: Pexels
Kredit Foto: Pexels

Guna teknik faham konsep bukan hafal – Cikgu Wawa

ROSHLAWATY MD RAIEH
09 Jun 2023 11:56pm
A
A
A

Subjek Prinsip Akaun susah sangat. Perlu belajar dengan banyak nombor. Stres jadinya!

Inilah mentaliti segelintir pelajar berkenaan mata pelajaran Prinsip Akaun yang dipelajari di sekolah.

Menurut Maizura Moeen atau Cikgu Wawa, Prinsip Akaun merupakan proses pengukuran, pendedahan dan peruntukan kepastian maklumat bagi membantu pihak pengurusan sesebuah perniagaan membuat keputusan terutamanya daripada segi peruntukan sumber.

Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Akaun adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit.

Katanya, melalui Prinsip Akaun, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.

“Sebenarnya, sikap sebahagian pelajar yang menganggap mata pelajaran Prinsip Akaun itu susah disebabkan mereka telah salah menggunakan teknik belajar Prinsip Perakaunan iaitu teknik ‘hafal’.

“Pelajar sepatutnya menggunakan teknik ‘faham konsep’ untuk memahami subjek Prinsip Akaun dengan mudah,” ujarnya yang pernah berkhidmat sebagai akauntan selama tujuh tahun.

Cikgu Wawa yang juga pengasas Pusat Tuisyen Bright Minds Academy berkata, subjek Prinsip Akaun bukanlah sukar seperti yang diperkatakan ramai.

Artikel Berkaitan:

“Pertama sekali, anda perlu faham definisi Prinsip Akaun.

“Selepas itu, usaha fahami tujuan laporan disediakan, jenis komponen-komponen akaun yang terlibat dan kuasai proses debit dan kredit.

"Saya yakin, jika semua pelajar jelas dengan definisi mata pelajaran ini, anda pasti akan mudah untuk belajar dan mengulang kaji subjek tersebut” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok