
Jejak membawa jawapan
Bidang Sains Forensik merangkumi pelbagai komponen penting yang memainkan peranan besar dalam proses penyiasatan.
Pensyarah Program Sarjana Muda Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan & Hayat MSU, Anita Zara Weinheimer berkata, bidang analisis asid deoksiribonukleik (DNA) semakin popular kerana kemampuan mengenal pasti individu.
Ini kerana tiada dua manusia yang mempunyai DNA serupa di dunia ini menjadikannya kos yang mudah.
"Dalam masa sama, bidang Toksikologi digunakan secara meluas untuk kes berkaitan dadah, manakala kos balistik menjadi tumpuan susulan peningkatan kes melibatkan senjata api.
"Di MSU, pelajar turut didedahkan kepada bidang yang jarang diketahui umum seperti Forensik Antropologi iaitu kaedah mengenal pasti mayat yang telah lama mereput sehingga tinggal rangka.
"Dengan ilmu ini, identiti seseorang masih mampu dikenal pasti walaupun selepas satu atau dua tahun," katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Selain itu, terdapat juga pengajian Entomologi iaitu kajian serangga yang membantu memberikan klu penting dalam siasatan.
Tidak ketinggalan, ujar Anita Zara, subjek Analisis Dokumen juga membuka peluang kerjaya sebagai penyiasat penipuan termasuk dalam sektor perbankan.
"Kos ini untuk mengenal pasti dokumen yang mungkin dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dalam semua aspek ini, nilai dan etika menjadi asas terpenting.

"Seorang pakar forensik perlu sentiasa berkata benar, teliti dan mematuhi prosedur kerana setiap analisis serta laporan yang dihasilkan berkemungkinan besar boleh dibawa ke mahkamah.
"Ketepatan kerja mereka bukan sahaja menentukan arah penyiasatan tetapi juga memberi kesan besar kepada keadilan yang diperjuangkan," katanya lagi.
Minat, kunci ke dunia forensik
Minat yang mendalam sering menjadi kompas tepat dalam menentukan masa depan individu.
Menurut Anita Zara, kecenderungan itu akan membuka laluan yang jauh lebih cerah dan ia akan terus mendorong pelajar untuk melangkah dengan yakin.
Katanya, mereka sedang membina asas kukuh untuk kerjaya berimpak tinggi yang menuntut ketelitian dan rasa ingin tahu yang tidak pernah padam.

"Sudah semestinya mereka perlu ada perasaan bersemangat atau teruja yang kuat untuk melakukan sesuatu yang mereka minat.
"Walaupun bidang tugas mereka susah, tetapi dengan adanya keinginan yang mendalam, perkara itu akan menjadi lebih mudah," katanya.
Tambah Anita Zara, pelajar yang berminat perlu menguasai mata pelajar asas seperti Kimia, Biologi dan Fizik untuk berkecimpung dalam dunia Sains Forensik.
Ringkasan AI
- Bidang Sains Forensik merangkumi pelbagai komponen penting dan pelbagai, memainkan peranan besar dalam proses penyiasatan
- Analisis DNA semakin popular kerana kemampuan unik mengenal pasti individu, memandangkan tiada dua manusia yang mempunyai DNA yang serupa
- Bidang lain seperti Toksikologi digunakan untuk kes dadah dan kos balistik untuk kes senjata api, sementara Forensik Antropologi mengenal pasti mayat yang lama mereput
- Pengajian Entomologi dan Analisis Dokumen juga penting dalam Sains Forensik, menyediakan peluang kerjaya dalam berbagai sektor termasuk perbankan
- Minat yang mendalam terhadap Sains Forensik menjadi kunci utama bagi individu untuk berjaya dalam bidang ini, memerlukan penguasaan dalam Kimia, Biologi dan Fizik
