Kredit foto: macronomy/123RF
Kredit foto: macronomy/123RF

Nak elak kesesakan sempena Aidilfitri? Ini 7 cara sesuai yang wajar anda lakukan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Apr 2023 12:00pm

Kesesakan jalan raya sempena Aidilfitri bagaikan satu kebiasaan bagi warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bagi mereka, kesesakan yang luar biasa itu adalah lumrah kerana semua orang mengambil peluang untuk balik ke destinasi masing-masing bagi menyambut lebaran bersama keluarga tercinta.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cara dan tip yang boleh dilakukan masyarakat termasuk para guru, ibu bapa dan penjaga dalam menangani situasi sesak ini.

Untuk itu, Sinar Bestari senaraikan tujuh cara bagi mengelakkan kesesakan jalan raya semasa balik kampung.

1) Isi borang maklumat balik kampung

Warga kota yang akan pulang ke kampung perlu melaporkan perkara itu kepada pihak polis dengan mengisi Borang Maklumat Balik Kampung.

Borang ini boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran kediaman atau menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

2) Mematuhi peraturan jalan raya

Artikel Berkaitan:

Pemandu perlulah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya sepanjang perjalanan balik kampung.

Jangan memandu melebihi had laju, mengambil kesempatan dan membuat kesalahan jalan raya.

3) Elakkan kawasan 'hotspot'

Elakkan kawasan hotspot yang kerap berlaku kesesakan seperti di Jalan Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan; Jalan Datuk Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

4) Rancang perjalanan awal

Rancang perjalanan balik kampung dengan awal. Cuba elakkan perjalanan semasa waktu puncak.

Bergerak awal pagi atau lewat petang boleh membantu mengelakkan kesesakan jalan raya.

5) Beri ruang

Berikan ruang kepada pemandu lain. Jangan cuba terlalu 'mengejar masa' memandu dengan pantas atau cuba melanggar peraturan jalan raya.

6) Patuhi garis sempadan

Pemandu perlu mematuhi garis sempadan. Jangan cuba memotong garisan berkembar atau cuba memandu dalam garis-garis tersebut.

7) Pastikan kenderaan dalam keadaan baik

Pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Periksa minyak, air dan brek kereta. Ini adalah langkah-langkah asas yang perlu diambil sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp