TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik pada pelaksanaan Pengurusan dan Kepimpinan serta pedagogi dalam PdP selari dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.
TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik pada pelaksanaan Pengurusan dan Kepimpinan serta pedagogi dalam PdP selari dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Program Transformasi Sekolah 2025: Meningkatkan kemenjadian murid dan melahirkan sekolah berkualiti

ROSHLAWATY MD RAIEH
04 Aug 2023 06:09pm
A
A
A

Apabila berbicara mengenai Transformasi Sekolah 2025 (TS25), semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan TS25 itu.

Jika disoal kepada para guru, mungkin mereka mampu memberi jawapan kerana TS25 merupakan salah satu istilah penting dalam dunia Pendidikan hari ini.

Bagaimana pula dengan masyarakat di negara ini? Adakah mereka tahu mengenai TS25 dan apakah peranannya terhadap bidang pendidikan?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, jom Sinar Bestari kongsikan info penting TS25 sebagai rujukan anda semua.

TS25 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik pada pelaksanaan Pengurusan dan Kepimpinan serta pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Program TS25 bermula pada Jun 2015 dengan Kohort 1 sebanyak 99 buah sekolah.

Seterusnya pada 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk Kohort 2 manakala pada 2018, sebanyak 401 sekolah dipilih untuk Kohort 3 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 600 buah sekolah.

Kemudian, program ini diteruskan pada 2019 dengan tambahan 500 sekolah yang layak.

Artikel Berkaitan:

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 individu dalam kalangan ahli akademik.

Antara yang terlibat ialah pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pada 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan pensyarah IAB, pensyarah IPGM dan ramai lagi sehingga jumlahnya mencecah 1,886 orang.

Kemudian pada 2021, pelaksanaan program TS25 diurus tadbir sepenuhnya oleh JPN dengan didokong oleh bahagian-bahagian di KPM.

Matlamat program TS25

Matlamat program TS25 adalah untuk;

1) Kepimpinan

- Memantapkan kepimpinan sekolah.

2) Kualiti PdP

- Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti PdP.

3) Penglibatan komuniti

- Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Objektif program TS25

Objektif utama program TS25 adalah untuk;

1) Mengaplikasi konsep dan amalan terbaik PdP

2) Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah IAB, IPGM, pegawai JPN, pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar (PGB), Guru Penolong Kanan (GPK), pegawai School Improvement Partners Plus (SIPartners ) dan pegawai School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC )

3) Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel; teknik PdP yang kreatif dan berkesan serta pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Konsep program TS25

Konsep program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

a) Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

b) Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna

c) Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan

d) Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi

e) Komitmen komuniti yang padu

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok