Tingkat kemahiran motor halus anak-anak di rumah, ibu bapa wajib cuba

Iklan
Tingkat kemahiran motor halus anak 2 di rumah ibu bapa wajib cuba
Seawal peringkat bayi lagi ibu bapa perlu sentiasa mengajar aktiviti yang boleh menguatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.Sekiranya kefungsian pergerakan melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan anak mereka lambat berkemungkinan ibu bapa perlu berjumpa dengan pakar terapi.Ini akan membantu kanak-kanak membesar dengan baik bagi meneroka dunia sekeliling mereka.Berikut merupakan aktiviti yang membantu meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak di rumah.1- Aktiviti menggunting bersama anakBerikan anak-anak lukisan bergaris lurus, melengkung dan pelbagai corak untuk mereka kawal tumpuan mata dan pergerakan tangan dalam menggunakan gunting.Ibu bapa perlu mengawasi mereka ketika aktiviti ini dijalankan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.Kebiasaannya, anak-anak yang mampu menggunting mengikut lukisan dengan kemas mempunyai tahap fokus yang tinggi.2- Ajar anak melukis dan mewarnaSelain meningkatkan kemahiran motor halus, aktiviti melukis dan mewarna mendorong anak-anak menjadi kreatif dan berimaginasi tinggi.Cetuskan minat mereka dengan mengukuhkan koordinasi tangan dan mata melalui pelbagai jenis lukisan serta medium yang sesuai seperti kapur, cat jari, krayon, arang atau berus lukisan.Apabila anak-anak menunjukkan minat, mereka pasti gembira melakukan aktiviti ini bersama ibu bapa dan tidak berasa beban3- Asah kemahiran dengan blok mainanLEGO adalah contoh blok mainan disertakan dengan panduan binaan yang boleh dirujuk anak-anak.Permainan ini dapat melatih kemahiran motor halus mereka dengan memusing, memutar, menekan, mencabut dan memasang blok mainan.Ibu bapa boleh perhatikan aktiviti ini berupaya menguatkan otot jari dan pergelangan tangan anak-anak dari semasa ke semasa.4- Berikan tanah liatKekuatan tendon kecil dan otot anak-anak dapat dibina melalui permainan tanah liat sekali gus mengukuhkan kemahiran motor halus mereka.Ia boleh didapati di kedai serbaneka berdekatan ataupun ibu bapa boleh menjadikan aktiviti ini lebih menarik dengan membuat doh itu sendiri.Gunakan bahan semula jadi seperti tepung jagung, serbuk penaik dan air yang semestinya lebih selamat.Tambahkan pewarna makanan ke dalam tanah liat bancuhan sendiri untuk menarik minat mereka dengan warna ceria.5- Bermain dengan pasirSekiranya pergi bercuti, boleh ke pantai untuk memberi terapi dan melatih kawalan otot jari anak-anak apabila mereka menggali pasir dengan jari atau membina istana jadian.Ibu bapa boleh belikan pasir kinetik yang halus dan bersih kepada mereka jika mempunyai anak yang lasak supaya terhindar dari sebarang luka.Gunakan biskut yang sudah dihancurkan untuk alternatif yang lebih selamat jika anak kecil memasukkan tangan ke dalam mulut.Semoga bermanfaat!Artikel berkaitanTulisan anak-anak sukar dibaca? Ini yang mak ayah perlu lakukan segera. Penting!Generasi baharu perlu kuasai kemahiran menulis dan membaca tulisan jawiMengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok