KPT perkasakan inisiatif Rumah Siswa, platform pemudah cara pelajar dapatkan tempat kediaman

Iklan
975837

Sejak kebelakangan ini, isu kesukaran pelajar untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar kawasan kampus sering dibangkitkan kerana kebanyakan daripada mereka tidak dapat ditempatkan di kolej kediaman.

Iklan
Iklan

Isu tersebut disukarkan lagi dengan harga rumah sewa serta bayaran deposit yang tinggi.

Iklan

Hakikatnya, pelajar merasakan ia adalah satu bebanan yang amat berat lebih-lebih lagi apabila kos kehidupan harian dan pembelajaran turut meningkat.

Iklan

Sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif Rumah Siswa yang dilancarkan pada tahun lalu telah diperkasakan lagi dengan elemen penubuhan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus (UPLK) di semua Universiti Awam (UA) dan pembangunan Portal Rumah Sewa Siswa (RSS).

Menurut kenyataan itu, portal RSS yang boleh diakses melalui pautan https://rumahsiswa.mohe.gov.my berperanan menyediakan platform bagi memudahkan urusan pelajar mencari dan mendapatkan kediaman sama ada rumah atau bilik sewa di sekitar kampus.

"Selain itu, penyenaraian premis di dalam portal ini dilaksanakan oleh pegawai UA sendiri yang bertanggungjawab meneliti dan memastikan kediaman yang dikenal pasti adalah kondusif bagi penginapan pelajar dari segi kadar sewaan, fasiliti yang disediakan dan keselamatan lokaliti premis,” katanya.

Dalam pada itu, KPT turut memaklumkan, sehingga 19 September lalu, lebih 29,000 pelajar dari seluruh negara telah mendaftar bagi pencarian rumah sewa menerusi Portal RSS.

"Dalam masa yang sama, KPT akan terus memantau pentadbiran Portal RSS bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik bagi memenuhi keperluan pelajar menginap di luar kampus terutamanya bagi persediaan kemasukan Semester Akademik 1, Tahun 2022/2023 nanti,” tambahnya.

Jelasnya lagi, KPT menyarankan agar pihak UA menerusi UPLK terus membantu pelajar yang berkeperluan mendapatkan penginapan di luar kampus agar sebarang cabaran yang dihadapi mereka dapat sentiasa dibantu dan dipermudahkan.

"Pelajar juga dinasihatkan sentiasa berhubung dengan pihak UPLK di UA masing-masing bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam pencarian rumah, hal ehwal kontrak sewaan dan perundingan yang berkaitan.

"KPT dengan kerjasama Majlis Perumahan Universiti Universiti Malaysia (MAPUM) juga meneliti ketersediaan kapasiti penginapan pelajar di dalam dan luar kampus bagi mengoptimumkan keperluan pelajar yang semakin meningkat.

"Justeru, KPT terus berusaha agar pelajar luar kampus sentiasa mendapat kediaman yang selamat, mampu milik dan kondusif menerusi capaian yang mudah dan pantas selari dengan aspirasi menjamin kesejahteraan pelajar di institusi pendidikan tinggi,” ujar kenyataan itu.

Artikel berkaitan

Pelajar Pengurusan Hartanah kongsi ilmu asas dalam urusan sewa rumah

KPT tubuhkan jawatankuasa baharu, usaha memartabatkan bahasa Melayu

UKM perkenal Menu Siswa Keluarga Malaysia, sokong inisiatif dilaksanakan KPT


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok