Ab Aziz (kanan) bersama Jeed Zulkifli ketika audio siar Bual Bestari bertajuk 'SPM Susah Atau Kita yang Salah Faham'.
Ab Aziz (kanan) bersama Jeed Zulkifli ketika audio siar Bual Bestari bertajuk 'SPM Susah Atau Kita yang Salah Faham'.

'SPM tidak menjatuhkan, tetapi menguji'

Perkongsian bersama Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan KPM

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
04 May 2026 04:37pm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan awam terpenting dalam sistem pendidikan negara yang menjadi penentu hala tuju akademik dan kerjaya seseorang murid.

Ia diduduki oleh semua pelajar Tingkatan Lima selepas menamatkan kira-kira 11 tahun persekolahan peringkat rendah dan menengah.

SPM bukan sekadar peperiksaan bertulis, tetapi satu penilaian menyeluruh terhadap penguasaan ilmu, kemahiran berfikir dan kebolehan pelajar mengaplikasikan pembelajaran dalam pelbagai situasi.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Ab Aziz Mamat berkata, calon SPM lazimnya mengambil sekurang-kurang enam subjek teras seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik dengan tambahan beberapa subjek elektif bergantung kepada aliran masing-masing.

Ab Aziz
Ab Aziz

Katanya, jumlah subjek boleh mencecah sembilan hingga 12 mata pelajaran bagi setiap calon.

"Kepelbagaian ini memberi ruang kepada pelajar untuk menonjolkan kekuatan masing-masing sekali gus menjadikan SPM sebagai medan penting yang mencerminkan potensi sebenar setiap individu," katanya semasa sesi audio siar Bual Bestari yang ditayangkan pada 24 April lalu.

Audio siar yang bertajuk 'SPM Susah Atau Kita yang Salah Faham?' boleh ditonton semula di semua platform Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Pada 31 Mac lalu, keputusan SPM 2025 diumumkan sekali gus memperlihatkan pelbagai tahap pencapaian daripada cemerlang hingga sederhana, malah ada yang kurang memuaskan.

Hakikatnya, tahap kesukaran peperiksaan juga bergantung kemampuan dan persediaan calon.

Ujar Ab Aziz, pihak Lembaga Peperiksaan menetapkan standard tertentu dalam pembinaan soalan untuk kira-kira 400,000 calon setiap tahun.

No Image Caption

Menariknya, struktur soalan SPM tidak direka untuk 'menjatuhkan' calon.

Sebaliknya, ujar Ab Aziz, ia seimbang iaitu sekitar 50 peratus soalan mudah, 30 peratus sederhana dan 20 peratus beraras tinggi, termasuk elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

"SPM bukan sekadar soal susah atau senang. Ia adalah cerminan keupayaan, usaha dan strategi setiap calon dalam menempuh cabaran sebenar dunia pendidikan," tambahnya.

Gagal sekali bukan noktah

SPM bukan sekadar peperiksaan penamat sekolah, ia adalah pintu masuk ke masa hadapan.

Bagaimanapun, ramai masih kurang jelas tentang syarat asas untuk melayakkan diri menerima sijil yang menjadi 'tiket' penting ini.

Hakikatnya, setiap calon baharu yang ingin menduduki SPM wajib mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

No Image Caption

Ujar Ab Aziz, itu merupakan prinsip minimum yang ditetapkan, tidak kira sama ada calon datang dari sekolah, institusi lain atau secara persendirian.

"Namun, jumlah subjek bukan penentu utama bagi mendapatkan sijil. Kunci sebenar terletak pada dua subjek wajib lulus iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.

"Tanpa lulus kedua-duanya, calon tidak akan dianugerahkan sijil SPM walaupun cemerlang dalam subjek lain.

"Kepentingan ini bukan sekadar akademik, malah menjadi syarat utama dalam banyak peluang kerjaya termasuk pengambilan penjawat awam," katanya.

Gelagat pelajar cemerlang SPM 2025 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) meraikan kejayaan mereka baru - baru ini.
Gelagat pelajar cemerlang SPM 2025 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) meraikan kejayaan mereka baru - baru ini.

Menariknya, sistem pendidikan negara tidak menutup ruang bagi calon yang ingin bangkit semula.

Melalui Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang biasanya berlangsung pada Julai, calon diberi peluang kedua untuk memperbaiki keputusan, khususnya bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Bagi subjek lain, calon boleh mengulanginya bersama calon SPM biasa pada hujung tahun.

No Image Caption

Ab Aziz berkata, keputusan peperiksaan ini boleh digabungkan atau ‘ditampal’ dalam satu sijil terbaik.

"Ini bermakna, kegagalan sekali bukanlah penamat. SPM memberi peluang kedua, malah ketiga untuk calon yang ingin membuktikan kemampuan sebenar masing-masing," katanya lagi.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp