160 pelajar timba ilmu berkaitan kemahiran pertahanan awam menerusi program UTHM
160 pelajar timba ilmu berkaitan kemahiran pertahanan awam menerusi program UTHM

160 pelajar timba ilmu berkaitan kemahiran pertahanan awam menerusi program UTHM

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
26 Jul 2022 09:29am
A
A
A

NILAI - Seramai 160 pelajar dari Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani menyertai program Universiti Community Engagement, baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Kursus Kokurikulum Berkredit SISPA I Seksyen 1, SISPA I Seksyen 2, SISPA II Seksyen 1 dan SISPA II Seksyen 2 itu turut membabitkan penyertaan seramai 72 mahasiswa yang mengikuti kursus berkenaan di UTHM.

Universiti Community Engagement yang berlangsung selama tiga hari, bermula 16 Jun hingga 18 Jun lalu menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.

Antara pengisiannya adalah Wacana Ilmu: Kesiapsiagaan Komuniti; Wacana Ilmu: Kemahiran Pertahanan Awam dan Wacana Ilmu: Pertolongan Cemas.

Wacana Ilmu: Kesiapsiagaan Komuniti merupakan program khusus untuk para peserta dari Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani.

Manakala Wacana Ilmu: Kemahiran Pertahanan Awam dan Wacana Ilmu: Pertolongan Cemas pula memberi tumpuan kepada murid Tahap Satu dan Dua dari Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan menerapkan kemahiran pertahanan awam kepada pelajar sebagai persediaan dalam menghadapi sebarang kecemasan sama ada di rumah, tempat kerja atau di kawasan awam pada masa hadapan.

Tiga kemahiran pertahanan awam iaitu Asas Kemahiran Menyelamat, Asas Kemahiran Pertolongan Cemas dan Asas Kemahiran Melawan Kebakaran telah dikongsikan kepada peserta sepanjang program berlangsung.

Sementara itu, wakil dari Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani turut membuat perkongsian ilmu kepada mahasiswa UTHM melalui sesi sembang santai dengan tajuk ‘Kita Adalah Pemimpin’ telah dipilih oleh pengetua, Ustaz Mohd Affendi Othman.

Dalam pada itu, perasmian penutup program Universiti Community Engagement telah disempurnakan oleh Pegawai Latihan dan Operasi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UTHM, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA), Profesor Madya Ir Dr Mohd Adib Mohammad Razi selaku wakil rasmi Komandan Kor Siswa Siswi Pertahanan UTHM.

Hadir sama, Pengerusi Sahabat Insani Malaysia, Dr Mohd Huzairi Husain.

Masing-masing menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mahu menjalinkan kerjasama bersama UTHM dan berharap kerjasama tersebut akan terus terjalin dalam memartabatkan lagi pembangunan komuniti setempat.

Artikel berkaitan 

Program We Love We Care, tanda prihatin SMK Mukah kepada pelajar

Inilah anak-anak Malaysia yang genius! Hadiahkan 6 anugerah untuk negara. Luar biasa

UTHM raih Anugerah Reka Bentuk Terbaik di Robocon Malaysia 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok