Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil (Kanan). Kredit foto: Facebook Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil (Kanan). Kredit foto: Facebook Fahmi Fadzil

315,760 peranti telah diserahkan kepada penerima Program PerantiSiswa

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
14 Feb 2023 04:23pm
A
A
A

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklumkan sebanyak 315,760 peranti telah diberikan kepada penerima Program PerantiSiswa.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu mewakili 86 peratus daripada 336,843 permohonan yang telah diluluskan setakat 9 Februari 2023.

Ujar Fahmi, baki 51,083 penerima lagi dijangka dalam waktu yang terdekat dengan proses penyerahan akan dibuat melalui dua kaedah iaitu hantar peranti ke institusi penerima dan pengagihan secara berpusat.

Jelasnya, bagi mempercepatkan proses pemberian, penjadualan pengagihan terus ke institusi penerima akan disegerakan.

“Kami akan menggerakkan dengan segera Pusat Pengagihan PerantiSiswa (PPPs) secara serentak ke seluruh negara dengan sesi pertama akan berlangsung pada 17 sehingga 19 Februari ini.

“Seterusnya diikuti dengan sesi kedua pada 24 sehingga 26 Februari dan sesi ketiga antara 3 sehingga 5 Mac nanti di pelbagai institut pengajian tinggi (IPT) yang ditentukan di setiap negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, Fahmi berkata, pengagihan secara berpusat mampu memberikan fleksibiliti kepada penerima kerana mereka boleh memilih pusat agihan dan masa yang sesuai tanpa mengira lokaliti institusi penerima asal.

Jelasnya, ini membolehkan mahasiswa yang sedang bercuti atau dalam tempoh menjalani latihan industri juga apa-apa sebab berkaitan boleh mengambil peranti di PPPs yang berhampiran mereka.

Artikel Berkaitan:

“Peranti bagi permohonan yang telah diluluskan akan menerima pemakluman dan boleh memilih pusat agihan serta waktu yang dirasakan sesuai bergantung kepada mereka,” katanya

KKD dalam satu laporan menyatakan mereka telah menerima sebanyak 63,000 permohonan bagi mendapatkan peranti menerusi PPPs selepas tarikh permohonannya ditutup pada 31 Disember lalu.

Sebanyak 25,000 rayuan daripada jumlah itu telah menerima kelulusan sehingga hari ini manakala baki 38,000 rayuan sedang diteliti IPT masing-masing.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok