edu
edu

Al Kauthar Eduqids jalin kerjasama dengan UNISEL

webadmin
01 Nov 2022 02:59pm
A
A
A

Al Kauthar Eduqids (AKE) terus mengukuhkan jenamanya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan pelbagai pencapaian dan penanugerahan yang membanggakan.

Sejajar dengan pencapaian sebagai jenama terulung dalam industri pendidikan awal kanak-kanak, AKE jalin kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) dalam meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Pengasas AKE, Datuk Bakhtiar Aliff, bagi meneruskan usaha pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, AKE menyediakan penempatan buat pelajar dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL di Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar untuk menjalani praktikum.

Tambah beliau, dari segi kerjasama penyelidikan pula, UNISEL menjalankan kajian kes untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan perkembangan kanak-kanak dan hal-hal lain yang akan dikenal pasti.

“Dengan jalinan memorandum kerjasama ini, Alumni dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL diberikan keutamaan peluang kerjaya sebagai guru dan juga pentadbir di Pusat-Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd.

“Tidak terhad kepada pelajar UNISEL sahaja, tenaga pengajar di Pusat-Pusat Pendidikan milik Al Kauthar Eduqids turut ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di UNISEL.

“UNISEL dan Al Kauthar Eduqids turut bersetuju untuk kerjasama mempromosikan pendidikan awal kanak-kanak kepada umum melalui aktiviti promosi, bengkel, seminar dan sebagainya bagi meneruskan usaha meningkatkan tahap kesedaran kepentingan Pendidikan awal kanak-kanak,” ujarnya.

Dengan kerjasama tersebut kedua pihak turut bersetuju menubuhkan ikubator (Pusat Jagaan/Tadika) di bawah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak.

AKE berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam.

Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.

Bukan sekadar mendidik kanak-kanak untuk cemerlang akademik dan akhlak sahaja namun Al Kauthar turut menyediakan program pakej perlesenan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan tadika sendiri.

Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6,000 pelajar di seluruh negara, AKE telah mendapat pengitirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.

Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut berkenaan Al Kauthar Eduqids, boleh layari www.alkauthareduqids.edu.my.

Artikel terkini

Al Kauthar Eduqids jalin kerjasama dengan KTAC

Peranan Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak lahirkan modal insan holistik

UPSI, The World Bank Group bekerjasama laksana penyelidikan asuhan dan didikan kanak-kanak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok