ANTARABUDAYA-SINARBESTARI-2022
ANTARABUDAYA-SINARBESTARI-2022

Antarabudaya Malaysia menawarkan biasiswa STEM

nadzarul.amir
29 Dec 2022 04:41pm
A
A
A

Program pertukaran pelajar sama ada dalam atau luar negara bukanlah satu aktiviti baharu yang dilaksanakan di negara ini.

Penganjuran program ini bukan sahaja dilihat mampu membuka minda para pelajar tetapi ia turut memupuk persefahaman kebudayaan di samping mendapatkan perspektif lebih mendalam terhadap budaya asing.

Menyedari akan manfaat tersebut, baru-baru ini Antarabudaya Malaysia telah melancarkan AFS Global STEM.

Merupakan pembuka tirai 2023, program tersebut memberi tumpuan kepada pembelajaran antara budaya yang menawarkan 10 biasiswa penuh untuk pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program yang akan berlangsung selama 16 minggu atau empat bulan ini akan melibatkan 180 peserta dari lebih 18 buah negara seluruh dunia.

Di sini para pelajar berpeluang memperkayakan serta meluaskan pengetahuan masing-masing melalui pembangunan kecekapan global dalam penyelesaian masalah, kemahiran analisis, pemahaman antara budaya, kelestarian serta inovasi sosial.

Akan memulakan program dengan menghadiri kurikulum e-pembelajaran selama 12 minggu di negara masing-masing, program ini merupakan biasiswa penuh Global STEM yang dibiayai syarikat global BP.

Pembelajaran akan melibatkan projek impak sosial yang diterajui pelajar serta pembentangan mengenai penyelesaian kepada cabaran dunia yang dialami sekarang dengan penekanan khusus kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga topik kajian seperti isu perubahan iklim dan peralihan tenaga.

Setelah menamatkan e-kurikulum yang dibangunkan bersama AFS International dan Universiti Pennsylvania, para pelajar akan dihantar ke salah satu daripada enam destinasi AFS yang mengambil bahagian iaitu Brazil, China, Mesir, Eropah, India atau Amerika Syarikat selama empat minggu.

Para pelajar tidak ketinggalan akan terlibat dalam program khidmat masyarakat dan berpeluang melihat sendiri bagaimana syarikat dan organisasi di negara destinasi menggunakan kemahiran STEM bagi menangani cabaran industri dan masyarakat berkenaan dengan isu alam sekitar.

Untuk itu, para pelajar yang berminat boleh memohon dan jadilah 10 pelajar bertuah yang terpilih.

Bagaimanapun setiap pemohon perlu memenuhi kriteria seperti

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur antara 15 hingga 17.5 tahun (lahir antara 25 November 2005 hingga 25 Mac 2008).

3. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris

4. Minat yang tinggi dalam STEM, kelestarian dan pembelajaran antara budaya

5. Ingin tahu dan bersedia untuk berinteraksi dengan pelbagai orang dari budaya lain

6. Bersedia dan berupaya untuk mengembara ke luar negara atau mana-mana daripada enam destinasi akademi seperti Brazil, Mesir, India, Amerika Syarikat, China atau Eropah Perjalanan antara Jun hingga Ogos 2023 (bergantung pada destinasi)

7. Pelajar berbakat daripada semua latar belakang yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat dunia

9. Permohonan mestilah dihantar sebelum 8 Januari 2023 dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://www.afsmas.org/global-stem/ atau hubungi Sophie Ismail (03-78876866) di Antarabudaya Malaysia

Artikel berkaitan

Program Young Scientist Pioneer pupuk minat STEM murid sekolah di Kedah

Permohonan Program Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023 kini dibuka

Republik Hungary buka peluang biasiswa kepada pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok