atau Guru Ilmu Khas sedia ke peringkat global
atau Guru Ilmu Khas sedia ke peringkat global

Guru Ilmu Khas sedia ke peringkat global

Rasyidah Zulkifi
24 Mar 2022 11:32am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) telah menjajarkan semula pelan strategik bersesuaian dengan Fasa ke-3 Transformasi IPG 2016 hingga 2025 iaitu Peluasan Pengantarabangsaan.

Menurut Pengarah IPGKIK, Dr Faridah Yakob menyokong inisiatif utama tersebut di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

Baca juga

IPG kekal relevan bagi melahirkan guru berkualiti tinggi

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 bermula 15 Mac

“IPGKIK perlu menyambut dasar dan perancangan Transformasi IPG agar tidak berada dalam zon selesa.

Dr Faridah mahu IPGKIK seiring di peringkat global.

“IPGKIK tidak hanya menjadi juara di peringkat kebangsaan sahaja tetapi perlu terbilang juga di peringkat global.

“Oleh itu, beberapa inisiatif perlu diperkasa bagi memberikan peluang dan ruang kepada warga ilmu khas untuk mencipta kecemerlangan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, warga IPGKIK kerap diundang dan melibatkan diri dalam aktiviti pengantarabangsaan.

Misalnya, Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Dr Alijah Ujang, telah dilantik sebagai Seameo Sen Resident Expert oleh pihak Southeast Asian Ministers od Education Organisation Regional Centre for Special Educational Needs (SEAMEO SEN), baru-baru ini.

Pensyarah Unit Kokurikulum, Teo Kian Joo juga setiap tahun diundang menggalas tanggungjawab sebagai pengadil badminton sukan olimpik dan sukan paralimpik.

Pensyarah Unit Kokurikulum saban tahun diundang sebagai pengadil.

Begitu juga dengan pelajar IPGKIK, Muhamad Saifuddin Azli, mewakili Malaysia Malaysia ke Tour United Kingdom (UK) sebagai persediaan ke U21 Men’s Hockey Junior World Cup 2021.

Manakala, Muhammad Zukfitri Md Zin, menyertai The 2021 Men’s FIH Hockey Junior World Cup di Bhubaneswar, India.

Selain itu, pelajar IPGKIK juga sering diundang sebagai Jurubahasa Isyarat dalam program dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ASEAN Connect : Malaysian Future Leader School.

Latar belakang

IPGKIK merupakan maktab perguruan yang sudah berusia 63 tahun ditubuhkan di Cheras, Kuala Lumpur.

Ia diwujudkan bagi melahirkan pendidik yang akan mengajar murid berkeperluan khas (MBK) di peringkat sekolah rendah.

IPGKIK menawarkan kursus-kursus Pemulihan Khas, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat.

Lapan kluster strategik yang menjadi fokus IPGKIK adalah Transformasi Organisasi Kepimpinan, Peningkatan Kualiti Pensyarah, Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi, Penambahbaikan Infrastruktur, Peningkatan Kualiti Pelajar, Peluasan Jaringan dan Pengantarabangsaan serta Pemantapan Pembangunan Profesionalisme.

Setiap kluster ini pula akan menggerakkan usaha pengantarabangsaan agar selari dengan hasrat mencipta kejayaan dan sejarah di peringkat antarabangsa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

IPGKIK mewujudkan konsep CAKNA (Caring, Attentive, Knowledge, Network, Action) dan TEAMS (Togetherness, Excellent Effort, Appearance, Memoirs, Standard & Special) dalam usaha menuju ‘GoGlobal’.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok