Berikut maklumat mengenai PT3 yang dimansuhkan bermula tahun ini
Berikut maklumat mengenai PT3 yang dimansuhkan bermula tahun ini

Berikut maklumat mengenai PT3 yang dimansuhkan bermula tahun ini

Roshlawaty Md Raieh
03 Jun 2022 05:36pm
A
A
A

Pengumuman yang mengejutkan. Itulah yang dirasai sebilangan besar rakyat Malaysia apabila Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bermula tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pada sidang media khas semalam, antara lain turut memberitahu, dengan pemansuhan peperiksaan itu, maka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan dimantapkan.

Manakala, pendekatan baharu yang diperkenalkan adalah pentaksiran sumatif, iaitu penilaian murid mengikut tahun dan tingkatan. Ia membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam serta pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga yang akan dilaksanakan bermula pada sesi akademik 2022/2023.

Berbicara mengenai PT3, mungkin ada dalam kalangan kita terutamanya pelajar yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai peperiksaan berkenaan.

Sebagai perkongsian bersama, Sinar Bestari sertakan info-info penting PT3 yang kini tinggal 'sejarah' untuk rujukan generasi akan datang.

Berikut adalah maklumat untuk pengetahuan kita bersama.

1) Apa itu PT3

PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat yang terdapat dalam PBS. Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga digantikan dengan PT3. Dengan itu tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan Tiga mulai tahun 2014.

PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan Tiga bagi menilai pencapaian akademik pelajar. Ini bermakna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

2) Apakah mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3

- Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Ujian Lisan dan Ujian Bertulis)

- Pelbagai instrumen merangkumi projek, kajian lapangan dan kajian kes (Sejarah dan Geografi)

- Sains, Matematik, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam dan Bahasa Tambahan (Ujian Bertulis)

3) Apakah tanggungjawab Lembaga Peperiksaan dan pihak sekolah dalam pelaksanaan PT3?

3.1) Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab dalam penyediaan bagi:

a) Ujian bertulis

- Item (soalan)

- Jadual Spesifikasi Ujian

- Format Instrumen Pentaksiran (kertas soalan)

- Jadual Penggredan

- Panduan Pemasangan Instrumen

- Panduan Penskoran Item

- Peraturan Pentadbiran

- Format Pelaporan PT3

b) Ujian Lisan dan Pelbagai Instrumen

- Instrumen Setara

- Panduan Penskoran

- Peraturan Pentadbiran

3.2) Pihak sekolah bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

a) Menyediakan instrumen

- Memasang Instrumen Pentaksiran berdasarkan Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen Pentaksiran

- Membuat verifikasi instrumen

b) Mentadbir Instrumen

- Menyediakan jadual

- Mentadbir PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3

c) Memeriksa skrip jawapan

- Memeriksa skrip jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran.

- Menjalankan Moderasi

- Memberi skor dan membuat verifikasi skor

- Menghantar skor ke Lembaga Peperiksaan

d) Mengeluarkan Pelaporan

- Mencetak pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.

Artikel berkaitan 

Mansuh PT3, KPM perkasa pelaksanaan PBS

KPM umum Cuti Sekolah Penggal 1 Sesi 2022/2023 selama 9 hari

KPM pilih calon guru boleh ajar pelbagai subjek


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok