Ruslan Said (kiri) ketika merasmikan MESMA peringkat Kebangsaan kali keempat.
Ruslan Said (kiri) ketika merasmikan MESMA peringkat Kebangsaan kali keempat.

JAKIM dan YIK lancar MESMA Peringkat Kebangsaan kali ke-4

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
09 Feb 2023 06:14pm
A
A
A

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Islam Negeri Kelantan (YIK) telah melancarkan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) peringkat Kebangsaan kali keempat baru-baru ini.

Ruslan Said (kiri) ketika merasmikan MESMA peringkat Kebangsaan kali keempat.
Ruslan Said (kiri) ketika merasmikan MESMA peringkat Kebangsaan kali keempat.



Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Ruslan Said.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan JAKIM, MESMA akan berlangsung selama empat hari bermula 6 hingga 9 Ogos nanti di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut kenyataan itu, dua acara bakal dipertandingkan iaitu recurve dan tradisional dengan pemilihan di peringkat sekolah akan bermula Mac ini.

Pertandingan di peringkat sekolah, zon sehingga daerah akan dibuat pada Mei ini, manakala di peringkat negeri bermula Jun hingga Julai 2023.

“Seramai 196 peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan dari 14 buah negeri merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Keseluruhan kontinjen dijangka melebihi 500 orang termasuk pegawai, pengadil dan urusetia pertandingan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu, objektif penganjuran program itu adalah untuk menerapkan nilai semangat bersaing secara sihat, berkeyakinan dan fokus terhadap apa jua perkara yang dilakukan.

Selain itu, penganjuran MESMA ini juga boleh mengembangkan potensi pelajar ke arah menguasai kemahiran, bakat dan kebolehan yang mereka miliki untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi.

Berdasakan rekod pencapaian Mahrajan sebelum ini, terdapat beberapa orang peserta telah dipilih sebagai atlet peringkat negeri untuk bertanding ke peringkat kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan Kejohanan Memanah Kebangsaan.

MESMA mengharapkan peserta bukan sahaja dapat mencipta nama di peringkat kebangsaan tetapi juga mampu berjaya di peringkat antarabangsa satu hari nanti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok