Belia Prihatin bersama wakil ZTE Malaysia semasa program penanaman bakau.
Belia Prihatin bersama wakil ZTE Malaysia semasa program penanaman bakau.

Kelab Belia Prihatin Malaysia menyasarkan penanaman 10,000 pokok bakau

13 Jul 2023 02:00pm
A
A
A

SELANGOR – Sempena kempen Kesedaran Alam Sekitar tahun ini, Kelab Belia Prihatin Malaysia menyasarkan penanaman 10,000 pokok bakau baharu di seluruh negara.

Dianjurkan untuk tahun kedua berturut-turut, kempen ini turut mendapat perhatian dan sokongan badan-badan swasta termasuk syarikat teknologi, telekomunikasi dan maklumat, ZTE Malaysia; Amanah Lestari Alam (ALAM) dan beberapa pihak lain.

Bertemakan We Be-Leaf Together, siri jelajah yang digerakan oleh Kelab Belia Prihatin Malaysia di seluruh negara itu menyaksikan lebih daripada 2,593 sukarelawan belia dan masyarakat awam terlibat bersama-sama.

Menurut Presidennya, Luqman Md Zim, tahun ini mereka ingin mengangkat tema kerjasama antara masyarakat awam dan badan swasta dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta memberi kesedaran berkaitan perubahan iklim.

“Kalau kita lihat kesedaran berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar dalam kalangan anak muda hari ini cukup tinggi.

“Untuk itu, peranan Kelab Belia Prihatin Malaysia terjemahkan kesedaran tersebut menjadi tindakan-tindakan dilapangan,” katanya ketika ditemui selepas penanaman pokok bakau di Taman Rekreasi Hutan Bakau Sijangkang, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Projek ZTE, Simon Chang pula memberitahu, syarikat serta agensi korporat digalakkan untuk turut serta dalam program pembangunan mampan dan inisiatif hijau ini dalam usaha memberi galakkan kepada anak-anak muda hari.

“Anak muda hari ini berperanan besar dalam memastikan inisiatif sebegini dapat terus dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

“Hari ini, kami berbangga kerana ZTE Malaysia selaku rakan kerjasama stategik telah menyumbang dan menyertai aktiviti ini sekaligus menerapkan nilai-nilai kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga kerja kami,” ujarnya lanjut.

Dalam pada itu, hutan bakau yang dijadikan sebagai penghalang hakisan semula jadi telah mendapat perhatian Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 10,000 kilometer (km) menjelang 2030.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pembinaan DSK di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah strategi pencegahan pencemaran melalui pendekatan kawalan punca penyelesaian berasaskan alam semula jadi (nature-based).

“Kami menyasarkan DSK sepanjang 1,000 km pada tahun ini manakala 10,000 km menjelang 2030.

“Bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai, kementerian dengan kerjasama semua kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan rizab sungai untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai.

“Pojek rintis DSK dimulakan dengan denai sepanjang hampir 1km bermula di kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) dan melalui kawasan hutan bakau di sekitar Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok