Cikgu Zack Kirana bersama pelajar kelasnya.
Cikgu Zack Kirana bersama pelajar kelasnya.

'Kemampuan dan pemikiran murid berbeza'

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
24 Feb 2025 11:30am

Setiap murid mempunyai tahap kemampuan dan cara pemikiran yang berbeza dalam pembelajaran.

Ada yang cepat memahami sesuatu konsep, sementara ada yang memerlukan lebih banyak masa dan bimbingan.

Oleh itu, pendekatan pengajaran yang seragam dalam kelas kadangkala tidak mampu memenuhi keperluan setiap pelajar secara menyeluruh.

Perkara itu dikongsi pempengaruh pendidikan, Zack Kirana, 37, atau nama sebenar Saliza Ibrahim bahawa tidak semua pelajar bertuah untuk memahami secara langsung pembelajaran dari bilik darjah.

Ujarnya, tuisyen boleh menjadi platform tambahan kepada pelajar untuk menambah kefahaman terhadap sesuatu subjek.

“Di pusat tuisyen, pelajar biasanya ada kelebihan untuk memilih tenaga pengajar.

“Mereka boleh pilih tenaga pengajar yang sesuai dengan rentak pembelajaran sendiri.

“Perkara ini tidak terpakai di sekolah kerana tenaga pengajar telah ditetapkan,” katanya yang juga merupakan guru tuisyen.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Zack Kirana berkata, suasana pembelajaran juga memainkan peranan yang mana pelajar perlu menjaga pelbagai aspek disiplin jika di sekolah.

“Bagaimanapun, pembelajaran melalui tuisyen, mereka lebih santai terutama dari segi pemakaian.

“Lebih menarik, jika belajar tuisyen dalam talian, mereka boleh belajar di rumah dengan berpakaian selesa tanpa perlu bersiap.

“Ibu bapa juga senang hati dapat memantau anak-anak secara terus,” katanya.

Zack Kirana menegaskan bahawa tuisyen adalah untuk semua pelajar.

“Bagi yang cemerlang, boleh konsisten dengan latihan tambahan dan pelajar yang sebaliknya pertingkatkanlah kefahaman dengan bertanya dan latihan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp