Kredit foto: 123rf
Kredit foto: 123rf

Keputusan SPMU 2023 diumum 12 Oktober ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
02 Oct 2023 12:38pm
A
A
A

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 12 Oktober ini, demikian kata Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan media pada Isnin.

Menurutnya, seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU tersebut secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.

“Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888

“Sistem akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 12 Oktober ini hingga 6 petang pada 18 Oktober 2023,” ujar KPM.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok