Kontinjen Malaysia rangkul 5 anugerah di Jerman, ini senarai penerimanya!
Kontinjen Malaysia rangkul 5 anugerah di Jerman, ini senarai penerimanya!

Kontinjen Malaysia rangkul 5 anugerah di Jerman, ini senarai penerimanya!

Roshlawaty Md Raieh
30 Nov 2022 09:35am
A
A
A

Kontinjen Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila meraih lima anugerah dalam 19th World Robot Olympiad (WRO) 2022 di Messe Dortmund, Jerman, baru-baru ini.

Antara yang diraih oleh mereka adalah dua Anugerah Kecemerlangan, dua pingat perak dan satu pingat gangsa.

Kejayaan kontinjen Malaysia dalam WRO 2022 itu dikongsi Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi laman Facebook rasmi mereka, beberapa hari yang lalu.

Dalam hantaran tersebut, KPM memberitahu, kontinjen negara disertai 43 individu terdiri daripada pegawai KPM, sembilan guru pembimbing, enam murid sekolah rendah dan 21 pelajar sekolah menengah.

Turut menyertai kontinjen berkenaan adalah sebuah pasukan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak.

Bagi mengetahui senarai pemenang WRO 2022, Sinar Bestari kongsikan nama-nama penerima anugerah dimenangi pasukan Malaysia.

1) IPG Kampus Sarawak - Anugerah Kecemerlangan (ITE-Robot Dominator).

2) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, Selangor- Anugerah Kecemerlangan (Ai Love Baby).

3) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur - pingat perak (The Rehab Trio).

4) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua (CF), Miri, Sarawak - pingat perak (Up Up CHM 10).

5) SJKC Taman Connaught, Kuala Lumpur - pingat gangsa (TC Team 1).

6) Lima sekolah berjaya menjadi finalis iaitu SMK Tinggi Batu Pahat, Johor; SMJK Chan Wa, Seremban, Negeri Sembilan; SMK Chung Hua (CF); SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor.

Diharap pencapaian kontinjen negara kali ini menjadi inspirasi kepada murid dan guru seluruh negara untuk menceburkan diri dalam pertandingan berkonsepkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus melahirkan murid yang kreatif, inovatif serta berdaya saing.

Artikel berkaitan 

8 rahsia kejayaan Cikgu Sofizah yang ramai tidak tahu 

Cipta kejayaan berterusan, Dr Norazah buat rakyat Malaysia kagum dan bangga

Inovasi pelajar SBPI Temerloh cipta sejarah, bawa pulang 7 pingat untuk negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok