Kumpulan murid Orang Asli hiburkan tetamu dengan tarian sempena program merdeka
Kumpulan murid Orang Asli hiburkan tetamu dengan tarian sempena program merdeka

Kumpulan murid Orang Asli hiburkan tetamu dengan tarian sempena program merdeka

Roshlawaty Md Raieh
29 Aug 2022 05:19pm
A
A
A

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, Jemaah Nazir Negeri Selangor berkolaborasi dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat, Selangor mengadakan Program Bakti Kasih Semarak Merdeka, 25 Ogos lalu.

Program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadom, Banting, Selangor itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan (Perancangan Penaziran Jemaah Nazir KPM), Abu Hanipah @ Fauzi Zahari.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk hadirin, antaranya tarian tradisi masyarakat Orang Asli suku Temuan seperti tarian Sewang, tarian Ghentak Kencana dan deklamasi sajak.

Seterusnya, kemuncak Bakti Kasih Semarak Merdeka adalah perarakan murid-murid yang membawa Jalur Gemilang sambil diiringi tetamu jemputan yang kemudiannya berarak mengelilingi perkampungan Orang Asli sambil menyanyikan lagu patriotik.

Dalam perkembangan lain, Ketua Nazir Negeri Jemaah Nazir Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, KPM menyerahkan sumbangan buku bernilai RM3,000 kepada pihak SK Bukit Tadom, baru-baru ini.

Koleksi buku tersebut terdiri daripada pemberian Jemaah Nazir Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan pihak swasta seperti BNP Paribas Asset Management Malaysia serta Financial Industry Collective Outreach (FINCO ).

Difahamkan, buku-buku tersebut akan diletakkan di Pusat Sumber Sekolah bagi menampung masalah kekurangan buku di situ akibat banjir yang melanda sebelum ini.

Artikel berkaitan 

Warga SMK Seri Permaisuri terima 600 unit Jalur Gemilang

8 tip penjagaan buku, Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam

Sejarah Kemerdekaan Malaysia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok