Penggunaan bahasa tertinggi di Malaysia adalah bahasa Melayu di mana setiap negeri, daerah dan masyarakat mempunyai loghat atau dialek berbeza. (Sumber Ethnologue 2019)
Penggunaan bahasa tertinggi di Malaysia adalah bahasa Melayu di mana setiap negeri, daerah dan masyarakat mempunyai loghat atau dialek berbeza. (Sumber Ethnologue 2019)

Malaysia di tangga ketiga Asia Tenggara dengan jumlah bahasa tertinggi

19 Apr 2024 07:00pm
A
A
A

Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia Tenggara dengan jumlah 144 bahasa yang dipertuturkan dalam kalangan masyarakat.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Ethnologue pada tahun 2019, Indonesia menduduki tangga pertama Asia Tenggara dan kedua di seluruh dunia dengan jumlah bahasa sebanyak 710 diikuti Filipina dengan 191 bahasa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan, penggunaan bahasa tertinggi di Malaysia adalah bahasa Melayu di mana setiap negeri, daerah dan masyarakat mempunyai loghat atau dialek berbeza.

"Ia turut dikira dalam data ini diikuti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil," menurut beliau melalui hantaran di laman sosial Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi pada Jumaat.

Dimaklumkan lagi, terdapat juga bahasa khusus dalam masyarakat tertentu seperti di Sabah dan Sarawak turut digunakan secara meluas di sesebuah kawasan itu.

Namun terdapat juga beberapa bahasa yang diambang kepupusan dan telah pupus susulan tiada lagi penuturnya yang masih wujud dalam sesebuah masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok