msu3
msu3

MSU lancar inisiatif kesukarelawan, bantu keluarga B40

Nor Azma  Muhamat Laila
07 Jul 2022 04:00pm
A
A
A

SHAH ALAM - Management & Science University (MSU) melancarkan inisiatif kesukarelawan ‘MSU Community Outreach Week’ khusus bagi membantu keluarga B40 di seluruh negara termasuk di Bangalore, India dan Jakarta, Indonesia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MSU, inisiatif itu melibatkan penyaluran sumbangan barangan keperluan asas serta wang tunai berjumlah RM50,000 secara keseluruhannya bagi meringankan beban kira-kira 200 keluarga yang terjejas akibat kehilangan sumber pendapatan kerana pandemik Covid-19.

“Sumbangan 200 kotak bantuan ini bakal diagihkan oleh warga MSU sama ada melalui kampus induk di Shah Alam atau kampus satelit MSU di seluruh negara.

“Pengagihan juga turut dibuat di kampus pesisir antarabangsa MSU di India dan Indonesia bagi membantu pelajar yang memerlukan,” kata kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis pelancaran inisiatif tersebut ialah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, barisan pengurusan kanan MSU dan MSU College (MSUC) serta para pelajar.

Aktiviti kesukarelawan dan komuniti merupakan DNA yang diterapkan dalam kalangan warga MSU khususnya menerusi budaya 2G – Giving and Grateful yang menyasarkan kumpulan sasaran terdiri daripada Orang Asli, miskin bandar, alam sekitar, anak-anak yatim serta kesihatan.

Ia juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 1: No Poverty, SDG 2: Zero Hunger, SDG 11: Sustainable Cities and Communities serta SDG 17 for Partnerships for the Goals.

Artikel berkaitan

Yayasan MSU bantu pelajar cemerlang

MSU memperkasa kemahiran mahasiswa

2,434 graduan MSU dirai, 5 anugerah khas kecemerlangan untuk pelajar yang layak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok