Inisiatif ini akan melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM beragama Islam.
Inisiatif ini akan melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM beragama Islam.

Pelaksanaan Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi martabatkan syiar Islam

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
05 Apr 2024 12:41pm

Bermula sesi persekolahan 2024/2025, aktiviti Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan diperluaskan di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk di sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej vokasional dan kolej matrikulasi.

Menurut kenyataan KPM pada Jumaat, inisiatif yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM beragama Islam.

“Setakat ini, ia telah dilaksanakan di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah.

No Image Caption

“Ia melibatkan seramai 12,673 guru dan 120,489 murid menerusi pelbagai aktiviti dirancang,” kata KPM.

Sementara itu, inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024-2030.

Inisiatif tersebut adalah cerminan komitmen besar KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan dalam masa sama melahirkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp