mah hang soon
mah hang soon

Pembelajaran Kreatif Edisi Guru oleh Score A, beri manfaat 1,700 guru seluruh negara

Nor Azma  Muhamat Laila
24 Jun 2022 03:55pm
A
A
A

Bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dalam kalangan guru, satu program Pembelajaran Kreatif oleh Score A, Edisi Guru, telah dilancarkan secara dalam talian, baru-baru ini.

Program anjuran Faber-Castell Malaysia itu direka sebagai maklum balas terhadap seruan Kementerian Pendidikan (KPM) agar sektor korporat menjalinkan kerjasama strategik dengan kementerian bagi mempelbagaikan teknik dan pengajaran kreatif dalam kalangan guru.

Di samping penggunaan alat tulis yang betul dan bersesuaian dengan kaedah kreatif, program ini juga bertujuan meningkatkan teknik pengajaran guru dan proses pembelajaran pelajar sekali gus membantu menggalakkan penglibatan yang efektif dan interaktif di antara mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kementerian mengalu-alukan sebarang bentuk kolaborasi industri membabitkan semua bidang yang bakal membantu meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran guru-guru dan pelajar-pelajar ke arah memperkukuh pendidikan negara.

“Dengan gabungan teknik-teknik dalam Score A dan merangkumkan pendekatan pembelajaran abad ke-21 dalam darjah, saya yakin pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan lebih menyeronokkan malah pelajar akan bersedia dengan kemahiran dan nilai-nilai yang perlu untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.

“PdP kreatif adalah penggerak utama yang membantu pelajar memahami informasi dengan lebih baik dan membina kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritikal, belajar aspek penyelesaian masalah, pergerakan dan banyak lagi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pembelajaran Kreatif Edisi Guru oleh Score A, baru-baru ini.

Hang Soon.

Turut hadir, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon.

Untuk fasa pertama program ini, Faber-Castell dengan sokongan KPM berkolaborasi bersama enam Jabatan Pendidikan Negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

Fasa pertama program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih kurang 1,700 guru dan 200,000 pelajar di negeri-negeri tersebut.

Sementara itu, Woon berkata, Faber-Castell sentiasa berinovasi dalam memperbaiki teknik PdP di samping melibatkan kolaborasi pendidik.

“Program ini direka selaras dengan tagline syarikat ‘teman sepanjang hayat’ yang bertujuan untuk menggalak dan memupuk kreativiti di semua peringkat umur tanpa ada batasan.

“Kami ingin terus mendorong dan memberikan pengalaman kreatif kepada pengguna semasa menggunakan produk inovatif kami.

Woon menunjukkan peralatan yang dibekalkan kepada guru untuk meningkatkan kreativiti ketika proses PdP.

“Kreativiti bukan terbatas kepada seni saja, malah merangkumi penyelesaian masalah dan proses pembelajaran juga,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, program ini menawarkan pendekatan serampang dua mata di mana guru didedahkan kepada pelbagai teknik pembelajaran kreatif untuk membimbing dan memotivasi pelajar tentang keseronokan belajar.

“Ia memberikan peningkatan teknik-teknik pembelajaran kepada guru yang kemudian disalurkan kepada pelajar untuk meningkatkan pembelajaran mereka di dalam kelas dan di rumah.

“Pelajar pula mendapat galakan untuk mengguna pakai teknik yang dipelajari. Ia tidak terhenti setakat itu, sebaliknya pelajar akan dicalonkan oleh guru-guru mereka untuk bertanding di dalam Olimpik Pembelajaran Kreatif Score A di peringkat kebangsaan pada penghujung program.

“Seramai 10 pelajar teratas untuk sekolah rendah dan menengah akan menerima hadiah wang tunai, hamper barangan dan sijil penyertaan,” ujarnya.

Pembelajaran Kreatif oleh Score A ini pertama kali diperkenalkan pada 2020 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Artikel berkaitan

Kreativiti guru dan pelajar SMS Pasir Puteh dalam inovasi dipuji ramai. Apa yang mereka buat?

Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari, hargai inisiatif seluruh warga sekolah capai pelbagai kecemerlangan

Buat ibu bapa, ini lima cara yang boleh dilakukan bagi memupuk minat anak terhadap STEM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok