“Pengumuman keputusan Lembaga Tatatertib malam ini” - Cikgu Mohd Fadli

Adlan Farhan Azwan
18 Oct 2022 05:37pm
A
A
A

Guru Matematik, Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh memaklumkan beliau akan bersiaran secara langsung menerusi laman media sosialnya di Facebook dan TikTok bagi mengumumkan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang diterimanya petang ini.

Keputusan yang bakal diumumkan oleh guru tersebut merupakan hasil daripada persidangan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang dibuat pada hari ini atas dakwaan cikgu berkenaan bakal dikenakan tindakan dipecat atau diturunkan pangkat.

Beliau turut memaklumkan kemungkinan siaran langsung yang dijadualkan pada 8.30 malam ini tidak akan mengambil masa yang lama dan tidak akan menyentuh mana-mana pihak.

Sebelum itu, reaksi salah seorang ahli keluarga Cikgu Mohd Fadli kepada Sinar Bestari seolah-oleh menggambarkan keputusan yang diterima adalah baik dan tiada sebarang tindakan yang dikenakan kepada cikgu mata pelajaran Matematik tersebut.

Bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan pengumuman yang akan dibuat oleh Cikgu Mohd Fadli pada malam ini.

Artikel berkaitan

“Syukur Alhamdulillah,” - ahli keluarga Cikgu Mohd Fadli

“Cikgu Fadli ni macam arwah abah. Kalau benda tak betul dia akan bertegas”

Cikgu Mohd Fadli belum dijatuhkan hukuman - KP Pendidikan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok