Perbarisan Teguh Bersama, didik peserta hayati erti kemerdekaan
Perbarisan Teguh Bersama, didik peserta hayati erti kemerdekaan

Perbarisan Teguh Bersama, didik peserta hayati erti kemerdekaan

Roshlawaty Md Raieh
20 Sep 2022 12:28pm
A
A
A

Seramai 500 peserta yang terdiri daripada warga Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Kuala Lumpur menyertai Perbarisan Teguh Bersama di Gelanggang Bola Jaring IIC, baru-baru ini.

Perbarisan itu merupakan salah satu aktiviti yang diadakan oleh warga kolej bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program, Ahmad Hosni Mubara, acara tersebut yang diadakan buat pertama kalinya tahun ini dilihat mampu mengeratkan silaturahim antara semua pihak.

Laungan kemerdekaan oleh warga kolej ketika program berlangsung.

Malah katanya, aktiviti seumpama itu juga dapat mendidik warga kolej untuk menghayati erti sebuah kemerdekaan.

Pada Perbarisan Teguh Bersama itu, turut hadir memeriahkan program ialah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Holdings, Naaimah Mat @ Ahmad Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Shaik Faridhudheen Anverdeen.

Kanak-kanak turut tidak ketinggalan menyertai Perbarisan Teguh Bersama ini.

Sementara itu, program yang bermula pada pukul 8 pagi itu dilihat cukup meriah apabila semua peserta berpakaian tradisional, korporat dan pakaian bertemakan kemerdekaan sepanjang perarakan berlangsung.

Sorakan demi sorakan diberikan oleh hadirin kepada peserta perbarisan dan ini membuatkan program bertambah menarik.

Antara kontinjen yang turut serta dalam perbarisan tersebut.

Dalam pada itu, Pensyarah IIC, Noorsyalina Nordin berkata, program kemerdekaan ini wajar diteruskan setiap tahun supaya generasi kini terus dipupuk dengan semangat padu menjadi masyarakat yang sayangkan negara.

Perarakan masuk peserta Perbarisan Teguh Bersama, baru-baru ini.

Bagi Penolong Pengurus, Unit Kaunseling, Bimbingan Kerjaya dan Alumni, IIC, Mohd Fhadil Ab Rashid pula, perbarisan itu memberi semangat kenegaraan dan kebangsaan kepada pelajar.

Kemeriahan perbarisan dapat dirasai dengan penglibatan ratusan warga kolej.

INFO

IIC milik penuh UIAM yang ditubuhkan pada 2000 dan telah melahirkan lebih 15,000 graduan daripada pelbagai bidang.

Objektif penubuhan IIC adalah untuk melahirkan golongan profesional yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dapat membentuk sahsiah diri.

IIC menawarkan sebanyak 39 program pendidikan melalui program Asasi, Sijil, Diploma dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Kontinjen TVET juga menyertai perbarisan anjuran IIC.

Artikel berkaitan 

Konvoi Merdeka 3.0 beri keterujaan dan pengalaman baharu kepada peserta

Murid tonjol semangat patriotisme, cipta robot Merdeka Rero Micro

Pelajar UIAM dan City University menang pertandingan Asia Young Designer Awards Ke-14, bakal wakili negara ke peringkat antarabangsa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok