Perjumpaan semula beri peluang alumni kongsi cerita
Perjumpaan semula beri peluang alumni kongsi cerita

Perjumpaan semula beri peluang alumni kongsi cerita

Roshlawaty Md Raieh
20 Oct 2022 09:48am
A
A
A

Perjumpaan semula (reunion) Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak, Muar, Johor, kumpulan 1977 - 1981 di Desa Keroma Eco Resort, Muar adalah untuk menyampaikan beberapa sumbangan berbentuk wang tunai kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, perjumpaan tersebut juga memberi peluang kepada para alumni berkongsi cerita setelah lama tidak bertemu.

Menurut Pengerusi Alumni, Jalil Salleh, sumbangan yang disampaikan dalam majlis tersebut telah diagihkan kepada kumpulan ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Turut menerima sumbangan wang tunai berkenaan adalah ahli alumni yang sakit atau meninggal dan anak-anak alumni yang sedang belajar.

Jelas Jalil lagi, satu tabung kebajikan turut diwujudkan dalam sesi perjumpaan semula itu bagi membantu ahli-ahli yang dalam kesusahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 111 alumni telah hadir termasuklah pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Hamdan Said dan isteri, Zurinah Yaakub.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian disediakan dalam majlis yang dianjur bersempena Maulidur Rasul, baru-baru ini.

Antaranya pembacaan qasidah, selawat, berzanji, sesi perkongsian pengalaman alumni dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal.

Dalam pada itu, ujar Jalil lagi, kemeriahan perjumpaan semula berjaya mencapai objektif dan mereka mula merancang untuk mengadakan Hari Keluarga, tahun depan.

"Kami berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh kerana memberi sumbangan kepada alumni yang memerlukan.

“Berkenaan Hari Keluarga pula, insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, kami berhasrat mahu mengadakannya lebih meriah dengan penglibatan lebih ramai alumni SMK Tun Perak kumpulan 1977-1981 ini,” tuturnya.

Artikel berkaitan 

Kreatif! Pelajar MIDI UPM tonjol kreativiti reka bentuk perindustrian

Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki!

Tidak pernah berpisah sejak kecil, kembar 3 teruja ikuti pengajian di USM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok