Program Asasi TVET kini dibuka, isi segera sebelum terlambat!
Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang asasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), ini berita baik untuk anda!
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 1 bagi sidang akademik 2023/2024 kini dibuka bermula 15 Mei hingga 9 Jun depan.
Program berkenaan adalah untuk memperluas akses pelajar lepasan SPM atau setaraf yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.
Bagaimanapun hanya lima buah Politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan sesi pertama dengan seramai 500 pelajar.
Menurut kenyataan itu lagi, KPT memaklumkan, tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua semester pengajian dengan setiap semester selama enam bulan.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program tersebut boleh layari laman sesawang https://t.co/AxXXdpFWbU sebelum tarikh tutup 9 Jun 2023.
Sementara itu, Sinar Bestari ingin kongsikan lima syarat kemasukan bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan.
Jom kita lihat.
Syarat kemasukan.
1) Warganegara Malaysia.
2) Memiliki SPM atau setaraf.
3) Lulus Sejarah (bagi SPM 2013 ke atas)
4) Memiliki lima kepujian dalam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Inggeris
c) Matematik
d) Matematik Tambahan/Fizik/Kima/Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Eleketrik dan Elektronik/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
e) Satu subjek lain yang belum diambil kira kepujiannya.
5) Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.