Program ‘Merase Juge Durian Kitee’ beri peluang murid kurang berkemampuan nikmati raja buah
Program ‘Merase Juge Durian Kitee’ beri peluang murid kurang berkemampuan nikmati raja buah

Program ‘Merase Juge Durian Kitee’ beri peluang murid kurang berkemampuan nikmati raja buah

Roshlawaty Md Raieh
10 Jul 2022 10:32pm
A
A
A

Program makan durian kembali lagi.

Bagi penggemar raja buah tersebut, inilah masanya untuk menjamu selera bersama ahli keluarga dan jiran tetangga apatah lagi durian berbuah mengikut musim tertentu.

Mengikut data Jabatan Pertanian, lebih daripada 200 variasi durian yang didaftarkan termasuklah Musang King (D197), Teka (D160), Udang Merah (D175), Sultan (D24), Black Thorn (D200), Golden Phoenix(D198), Durian Kampung (888) dan Sukang.

Oleh itu, maka tidak hairanlah apabila musim durian tiba, para peniaga durian mula membuka gerai dikawasan masing-masin bagi memudahkan pelanggan mendapatkan buah idaman mereka.

Bagi Sekolah Kebangsaan Lempor, Perak yang baru sahaja menganjurkan program Pesta Buah Durian, 15 Jun lalu, ia dilihat sebagai satu program cukup bermakna buat semua warga sekolah terutamanya murid-murid.

Ini kerana, tidak semua dalam kalangan mereka mampu membeli durian menggunakan duit sendiri.

Jadi, apabila pihak sekolah mengadakan program yang dikenali ‘Merase Juge Durian Kitee’, sekurang-kurangnya golongan murid yang kurang berkemampuan dapat merasai kelazatan buah tersebut bersama rakan-rakan yang lain.

Penyelaras program, Cikgu Muhammad Amin Abu berkata, warga sekolah telah menikmati durian secara beramai-ramai di kawasan yang telah ditetapkan iaitu di tapak perhimpunan dan kantin sekolah.

Aktiviti tersebut bermula pada waktu rehat iaitu pada pukul 12.30 tengahari hingga 1.30 petang.

Ujarnya, ‘Merase Juge Durian Kitee’ adalah anjuran Jawatankuasa Unit Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Lempor, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Perak.

"Semua warga sekolah cukup gembira apabila dapat menikmati buah durian hasil sumbangan PIBG dan juga murid-murid.

"Malah, aktiviti seperti teka berat durian dan pertandingan kupas durian menggunakan sudu telah menjadikan program ini bertambah riuh rendah dan semakin meriah,” katanya kepada Sinar Bestari.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Norahimi Abdul Wahab berkata, program tersebut diadakan bertujuan untuk menyokong konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilaksanakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

"Diharapkan dengan adanya program ini, ia mampu memberi perangsang kepada murid supaya dapat mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat melalui Pesta Buah Durian ini,” ujarnya.

Artikel berkaitan 

15 delegasi teruja dengan modul Pusat Ulul Albab dari universiti tempatan

Pensyarah bina aplikasi ‘Track Me’ pantau pergerakan kanak-kanak, jaga keselamatan aset

Graduan UUM bawa gambar arwah bapa masa konvo


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok