laluan-pejalan-kaki-smk-melor
laluan-pejalan-kaki-smk-melor

Sekumpulan pelajar cedera, tangki air pecah di sekolah

Adlan Farhan Azwan
09 Aug 2022 03:55pm
A
A
A

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Ketereh, Kelantan cedera akibat kejadian tangki air pecah yang menimpa laluan pejalan kaki.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, semua pelajar yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor.

Atap pejalan kaki yang sudah rosak akibat daripada kejadian tangki air pecah.

“Dimaklumkan beberapa orang murid mengalami kecederaan akibat kejadian tangki air pecah yang menimpa laluan pejalan kaki di sekolah tersebut.

"Semua pelajar yang cedera sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dalam kadar segera.

“Ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

“Sama-sama kita doakan agar mereka yang terlibat dalam insiden ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” tambah beliau.

Artikel berkaitan

Murid seronok dapat RMT percuma, ringankan beban keluarga berpendapatan rendah

RM2 juta bajet naik taraf sekolah agama di Kelantan

Program Misi Al-Jazari : Eksplorasi KBAT Sains sasar 100 penyertaan sekolah peringkat kebangsaan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok